Rabu, 31 Disember 2008

ISRAEL PENGGANAS

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan kekejaman rejim Israel memerangi umat Islam di Palestin dalam siri operasi ketenteraan baru yang dilancarkan kelmarin.

Pemimpin Islam seluruh dunia khususnya OIC dan PBB haruslah memainkan peranan penting dan bersungguh-sungguh dalam membela nasib umat Islam yang tidak berdosa di Palestin.

Israel tanpa rasa belas kasihan melancarkan operasi ketenteraan dan telah membunuh serta mencedarakan rakyat Palestin sesuka hati.


Di mana perasaan kasih sayang dan belas kasihan di hati dan jiwa pemimpin serta tentera Israel?


Tidak cukupkah Tanah dan nyawa rakyat Palestin yang telah diambil. Apa salah mereka? Di mana pendirian dan kesungguhan Presiden Baru Amerika Syarikat Barrack Obama?
Sampai bila rakyat Palestin akan dan harus menderita?
Marilah kita umat Islam Berdoa agar Rakyat Palestin mendapat Pertolongan dan Perlindungan sentiasa dari Yang Maha Esa.
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah juga menggesa agar Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar memainkan peranan aktif, bersungguh dan berterusan membela dan menjaga kebajikan rakyat Palestin.
Suara Umat Islam harus didengari! Umat Islam dilabel sebagai pengganas, bagaimana pula dengan Rejim Israel? Siapa yang pengganas?
Apa yang akan terjadi pada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kematian suami dan mereka yang cedera. Bagaimana dengan kehidupan mereka?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu acap kali menganjurkan Rundingan Damai dan memperkenalkan pelbagai Konvensyen dan perjanjian Antarabangsa dalam memerangi keganasan dan jenayah perang. Mengapa Israel dibiarkan terus bermaharajalela di bumi Palestin!
Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.

Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.

“Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

Selasa, 30 Disember 2008

DAULAT TUANKU

Tuanku Muhriz yang juga merupakan Tunku Besar Seri Menanti telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan ke 11 bagi menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat pada hari sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak pada majlis penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.
‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967.

Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth, Wales dalam bidang undang-undang.

Tuanku Muhriz berkahwin dengan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin.

Sabtu, 27 Disember 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

Seluruh warga Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah mengucapkan takziah diatas kemangkat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman di Hospital Tuanku Jaafar pagi in tadi.

Menurut Utusan Melayu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor ketika membuat pengumuman itu di HTJ tengah hari ini memberitahu, Tuanku Ja'afar berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

Saya ingin memaklumkan, Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ. Kebawah Duli Tuanku mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi.

Berita ini benar-benar memeranjatkan dan pastinya berita ini sesuatu yang amat menyedihkan bagi warga Negeri Sembilan.

Datuk Norzam turut memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengishtiharkan bahawa seluruh Negeri Sembilan berkabung selama tempoh 40 hari bermula hari ini.

Semoga roh Tuanku sentiasa dicucuri rahmat dan mendapat Berkat dari NYA. Amin. Alfatihah.

Kebebasan Bersuara Disalahguna

Dalam Buletin Utama malam ini tadi, disiarkan berita mengenai kewujudan sebuah blog yang jelas telah menghina Islam. Sidang blogger PUTERA UMNO bersama rakan-rakan kepimpinan PEMUDA UMNO Bahagian Kuala Pilah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kesucian agama Islam semakin hari semakin cuba diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam. Nampaknya kebebasan bersuara di negara ini semakin disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah benar mereka ini Islam sebenarnya atau ada tangan-tangan tertentu yang cuba merosakkan Islam dengan menyamar sebagai Islam.

Situasi ini amat membimbangkan. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Tuan Hj Adnan dalam kenyataan tadi memaklumkan beliau berasa amat sedih dan marah dengan situasi ini. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini supaya memperbetulkan semula matlamat ataupun niat mereka. YB Tuan Hj Adnan mencadangkan supaya Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia serta pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kewujudan blog-blog seumpama ini. Janganlah disalahgunakan Kebebasan Bersuara dan dasar keterbukaan kerajaan dengan menyentuh sensitiviti Keagamaan atau perkauman. Tindakan ini boleh mencetus ketegangan dan boleh membawa kepada pekara-perkara negatif didalam masyarakat seperti pergaduhan dan rusuhan. Kesucian agama Islam jangan sesekali dicemari dan beliau berazam supaya perkara ini tidak berlarutan dan berterusan dengan memperjuangkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

Berikut juga kenyataan rasmi Yang di Pertua Blogger Pembela Negara(BPN):

KENYATAAN MEDIA 

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM

BPN memandang serius blog-blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensitiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti  http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yang sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER

Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )


Marilah kita bersama-sama memerangi musuh-musuh Islam yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak Putera UMNO mencadangkan supaya blog ini terus disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia dan kewujudan blog-blog baru dipantau secara konsisten agar tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan didalam isu keagamaan dan perkauman. Isi kandungan blog tersebut benar-benar menhina Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jika dibiarkan berlarutan, ia mampu mengundang pelbagai masalah kepada umat Islam termasuk terpesong akidah akibat fahaman keterbukaan beragama ini serta mencemarkan imej Islam di mata masyarakat.

Pihak Kerajaan teruatamanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi haruslah memandang berat dan serius perkara ini. Janganlah terlalu terbuka dan berlembut dengan pihak-pihak sebegini. Tindakan tegas harus diambil sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa soal agama bukan untuk dipermainkan lebih-lebih lagi agama Islam adalah agama Persekutuan.

Jumaat, 26 Disember 2008

Datuk Zahar Hashim - Habis Madu Sepah Dibuang

Tindakan Bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan(PJS) Kapten(B) Datuk Zahar Hashim kelmarin yang keluar dari UMNO dan menyertai PAS merupakan suatu tindakan yang sangat bagus. Pemimpin-pemimpin UMNO dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan Selatan menyifatkan beliau sebagai suatu bebanan bagi UMNO lebih-lebih lagi setelah digantung keahlianya pada 2 Disember lalu.

Naib Ketua Bahagian PJS dalam sidang akhbar seperti dalam gambar di atas, Yahya Hamzah berkata, bahagian tersebut masih kukuh tanpa Zahar dan akan sentiasa memastikan kekuatan parti.

"Beliau sudah pasti akan menjadi satu beban besar kepada Pas kerana dia tidak mempunyai kewibawaan mentadbir dan tidak pernah berjuang untuk masyarakat serta negara.

"Pemergian beliau tidak memberi apa-apa kesan dan masalah kepada parti atau bahagian UMNO ini.

"Malah semua ahli dari setiap cawangan masih kukuh untuk menggerakkan parti,''.

Tambah Yahya, setakat ini hanya 28 ketua cawangan yang menyertai Pas bersama Zahar dan tempat ketua-ketua berkenaan diambil alih oleh timbalan masing-masing.

"Kami tidak kenal ketua-ketua cawangan berkenaan kerana mereka bukan penghuni di kawasan ini.

"Mereka dipilih oleh Zahar dan tidak pernah tanya persetujuan ataupun pendapat kami dalam pemilihan ketua-ketua cawangan itu," jelasnya.Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, yang di petik dalam Agendadaily.com, “Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” .

Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.

“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau.

Jika ini sifat kepimpinan Datuk Zahar Hashim, maka wajarlah Lembaga Disiplin menggantung keahliannya.

Kehadirannya didalam UMNO hanyalah seperti Duri Dalam Daging dan Nanah berbisa yang bisa merosakkan segalanya.

Difahamkan juga, tindakan Datuk Zahar ini adalah untuk strategi beliau supaya dicalonkan dalam Pilihan Raya umum akan datang atas Tiket PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Taman Medan. Jika terus bersama UMNO, peluangnya menjadi calon hampir pasti tiada.

Orang yang bercita-cita tinggi demi kepentingan diri sendiri seperti ini eloklah di tinggalkan dan di jauhi. Sudah banyak kekayaan yang dikaut atas jawatan di dalam UMNO, maka atas agenda peribadi beliau tinggalkan UMNO begitu sahaja. Siap wakafkan lagi Bangunan UMNO Bahagian milik beliau atas duit yang diperolehi ketika menjawat jawatan dalam UMNO. Ketika menjadi pemimpin dan ada jawatan, UMNO semuanya elok, bila dah digantung atau dipecat UMNO semua tak elok. Sama macam Anwar Ibrahim.

Habis Madu Sepah Dibuang.

TAHNIAH PEMUDA UMNO KUALA PILAH

Dalam menghadapi cabaran dan persaingan dunia politik hari ini, Putera UMNO Bahagian Kuala Pilah mengambil inisiatif mewujudkan blog sendiri dan Syukur Alhamdulillah, blog ini telah pun mendapat sambutan yang baik dari warga PEMUDA sendiri mahupun penyokong Pakatan Rakyat. Hari ini 26 Disember genap seminggu blog ini diwujudkan. Pelbagai reaksi telah dilontarkan sama ada yang bersetuju dan menyokong serta yang tidak bersetuju dan tidak menyokong. Ada juga yang sekadar menjenguk blog ini. Terima kasih tak terhingga atas kunjungan, sokongan dan kritikan sahabat-sahabat sekalian. Sidang blogger PUTERA UMNO akan cuba melakukan proses penambahbaikan dan memperbetulkan kesilapan.

Namun, terdapat juga pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan kehadiran blog ini melalui kaedah yang sama iaitu blog. 2 hari lepas, sebuah blog(KOPILAH) telah menjadikan blog ini sasaran terbarunya. Isu ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak senang warga Pemuda UMNO Kuala Pilah. Saudara PP di dalam postingnya yang bertajuk PEMUDA UMNO KUALA PILAH HAMPEH, telah menyatakan Pemuda UMNO Kuala Pilah terlalu bercita-cita tinggi dan turut mengkritik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah dengan mengaitkan isu pembelian kereta Toyota Camry di Perak.
Umum mengetahui bahawa blog KOPILAH ini hanya menanti isu dan masalah pemimpin ataupun UMNO itu sendiri dalam Bahagian Kuala Pilah dan akan membuat cerita ataupun komen mengenai perkara tersebut. Tanpa adanya masalah atau kekurangan pada pemimpin ataupun UMNO di peringkat Bahagian mahupun Cawangan, maka tiada lah cerita ataupun komen yang akan keluar dari blog tersebut. Walau bagaimanapun, warga sidang blog PUTERA UMNO KUALA PILAH mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian saudara PP meletakkan blog ini berada dalam senarai blog pautan di blog KOPILAH tersebut.

Terdapat dua isu yang ditimbulkan:

1 - Blog ini terlalu bercita-cita tinggi hingga hanya baru ada satu carita mengenai Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah
2 - Isu YB Tuan Hj Adnan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah juga menggunakan kereta Toyota Camry
Penjelasan ringkas mengenai isu di atas.

Yang pertama, saudara PP harus faham. Blog ini adalah blog rasmi PUTERA UMNO bukannya PEMUDA UMNO. Putera adalah sayap dalam Pemuda dan hanyalah bertindak tidak lebih sebagai satu biro sahaja. PUTERA UMNO telah dilancarkan oleh YAB Presiden Parti di Melaka pada 2003. Yang menariknya adalah pada nama, nampak seolah-olah satu entiti berasingan. Namun hakikatnya PUTERA hanyalah sebuah biro di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Negeri mahupun Pusat. Matlamat Putera adalah untuk mendekati golongan remaja dan belia berumur 18-25 tahun untuk bersama berjuang didalam Pemuda UMNO. Maka blog yang dihasilkan oleh sebuah Biro tidak wajar jika keseluruhan entiti PEMUDA UMNO Bahagian dihukum dan dilabel sebegitu dan blog ini juga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah. Sidang blogger mencadangkan agar saudara PP memperbetulkan semula kenyataan tersebut.

PUTERA UMNO ingin menegaskan bahawa, bukanlah kami bercita-cita tinggi hingga menyentuh isu nasional. Harus di ingat, kajian telah mendapati dan menunjukkan bahawa prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya umum ke 12 yang lepas adalah berpunca daripada isu Nasional yang tidak ditangani dengan baik seperti kenaikan harga minyak, barang dan juga masalah ketelusan dalam pentadbiran kerajaan termasuk isu perundangan dan kehakiman.

Apa pula matlamat blog ini diwujudkan? Berikut ialah matlamat kewujudan Blog Putera UMNO ini dan matlamat ini ada di dalam profail kami:
"Perjuangan kami mudah sahaja, bergerak dalam sayap Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah iaitu PUTERA UMNO, kami akan sentiasa kehadapan membela UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional. Kelemahan dan kekurangan Pakatan Rakyat menjadi sasaran kami."

"Jika selama ini pemimpin serta Kerajaan Barisan Nasional asyik dipersenda dan dipersalahkan sedangkan rakyat termasuk orang Pakatan Rakyat menikmati kehidupan bahagia dalam Negara ini hingga boleh menjadi kaya raya tetapi tidak bersyukur dengan menyalahkan kerajaan sahaja dalam apa-apa masalah atau situasi, kami nak buktikan bahawa terdapat lebih banyak kelemahan, kekurangan dan kesilapan dalam Pakatan Rakyat dan padahnya jika memilih Pakatan Rakyat dan membiarkan mereka membentuk Kerajaan Negeri mahupun Pusat".
Blog ini tidak memfokus kepada UMNO Bahagian itu sendiri. Matlamat kami telah pun jelas apa yang kami cari dan ingini. Walaubagaimanapun, dari masa ke semasa, blog ini akan cuba menyampaikan maklumat mengenai perkembangan semasa Pemuda UMNO di peringkat Cawangan mahupun Bahagian serta mana-mana ahli UMNO ataupun sesiapa juga yang ingin artikel silalah email ke puteraumnopilah@gmail.com. InsyaAllah selagi mana bahan tersebut tidak bertujuan peribadi ataupun menggunakan ayat-ayat yang kasar atau lucah, pastinya akan disiarkan seperti komen-komen pengunjung sama sekali tidak pernah di padam selama satu minggu ini.

Isu yang kedua terlalu remeh untuk dibangkitkan. Masaalah pembelian kereta Toyota Camry di Perak dan Selangor adalah isu melibatkan Kerajaan Negeri. Wang yang digunakan adalah WANG RAKYAT. Maka masalah ini yang dibangkitkan. Adakah dendam politik Pakatan Rakyat kepada UMNO menyebabkan Proton menjadi mangsa kerana Syarikat Proton diilhamkan oleh pemimpin UMNO YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed. YB Tuan Hj. Adnan Abu Hasan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah menggunakan kereta Toyota Camry sebagai kenderaan persendirian dan membelinya dengan duit sendiri dan apa yang lebih penting di beli sebelum Pilihan Raya umum ke 12 hari itu di mana beliau sendiri pun tidak tahu akan dicalonkan lagi sebagai calon BN bagi kerusi DUN Pilah. Salahkah pembelian secara individu untuk kegunaan peribadi dan rasmi.

Semoga maklumat dan penjelasan ini dapat menjelaskan segalanya.

Sekian, salam hormat.

Sidang Bloggers PUTERA UMNO KUALA PILAH

Khamis, 25 Disember 2008

SIAPA LEBIH DOMINAN DALAM PAKATAN RAKYAT

CAKAP SIAPA NAK IKUT?

Ketika penyokong PAS yakin dan bersorak penuh gembira kononya Husam Musa yang telah terjerat lidahnya ketika majlis Wacana Perdana bersama Khairy Jamaludin di Kota Bharu baru-baru ini akan melaksanakan hukum Hudud jika memerintah kelak, dengan mudah Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP tidak bersetuju sama sekali dan menolak rancangan ini.

Menurut Lim Kit Siang, Hudud tidak termasuk dalam Polisi Pakatan Rakyat jika memerintah nanti dan DAP menolak sekeras-kerasnya cadangan ini. DAP tetap tidak mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan akan kekal dengan polisi Sekular jika memerintah Malaysia nanti.

APA PENDIRIAN ANWAR IBRAHIM?

Persoalanya mudah, apa pendirian Brother Anwar Bin Ibrahim dalam soal ini. Jika dikata bersetuju, takut sahabat baik dalam DAP akan berkecil hati dan marah lalu mengakibatkan sokongan pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu kembali pada BN dan jikalau tidak bersetuju, maka akan lebih besar padahnya iaitu menimbulkan kemarahan dikalangan pemimpin serta penyokong PAS sendiri. Hingga kini Anwar tidak menjelaskan pendirian dan penyelesaian dalam isu Hudud ini.

Sudah bersedia langkah mayat Karpal Singh?

Penyokong pembangkang harus sedar, hebat bagaimanapun sokongan anda, jika pemimpin DAP berkata tidak, pasti pekara itu tidak akan terlaksana. PAS harus lebih berdakwah dengan pemimpin DAP supaya mereka bersetuju terlebih dahulu dan barulah mengumumkan hasrat mereka melaksanakan Hukum Hudud jika memerintah nanti. Jaanganlah menampakkan ketidaksefahaman antara anda dalam Pakatan Rakyat.

Rabu, 24 Disember 2008

Manipulasi Kerajaan PAS-DAP Perak

ARTIKEL DR NOVANDRI HASAN BASRI

Nampaknya, kerajaan campuran negeri Perak yang diketuai oleh DS Mohammad Nizar Jamaludin (PAS) sudah bertambah 'bijak' untuk memanipulasikan kerajaan negeri, undang-undang negeri dan persekutuan.

Pertama, Nizar (PAS) sudah mulai tahu selok belok kewangan kerajaan negeri dan tidak berasa malu untuk mengsyorkan pembelian kereta mewah Camry untuk exco-exco beliau.

Kedua, beliau dan rakan karib beliau daripada DAP yang juga Exco kanan beliau, Ngeh Koo Ham, sudah mulai tahu untuk membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Mereka masih berkeras untuk menggunapakai syarat keadaan khas di dalam Kanun Tanah Negara sebagai alasan untuk menjadi hero di negeri Perak.

Padahal, Kanun Tanah Negara masih termaktub di dalam segala pengertian Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan pandangan TPM mengenai isu ini :-

PUTRAJAYA 23 Dis. – Cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

‘‘Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini - Utusan Malaysia

Buktinya nyata. Jika kita merujuk Perkara 91 - Majlis Tanah Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia :-

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

Dan jika ada pun sebarang undang-undang negeri yang boleh dimanipulasikan oleh MB Perak dari PAS dan rakan karib beliau daripada DAP, kerajaan negeri masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang boleh overwrite undang-undang negeri itu.

Jika kita rujuk Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Nampaknya, Pakatan Rakyat semakin bercelaru. Mereka tampak seperti sudah hilang hala tuju dan tidak dapat memfokuskan tanggungjawab mereka setelah diberikan kepercayaan yang oleh pengundi-pengundi pada PRU-12.

"Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar" v "Tidak Patut Selepas Kaut KEKAYAAN"

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

"Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno)," kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

"Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno)."

Mengulas tindakan Umno awal bulan ini yang didakwa punca Zahar meninggalkan parti itu, Nor Azman berkata penggantungan Zahar selama tiga tahun bukan diambil sewenang-wenangnya.

"Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

Menurut Nor Azman lagi, tindakan Zahar mendedahkan isu pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan bersifat peribadi dan ia di luar pengetahuan ahli-ahli jawatankuasa bahagian.

"Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti," katanya kepada Malaysiakini.
Tidak wajar Zahar meninggalkan Umno dan mengajak sebahagian penyokongnya turut menyertai PAS, tambahnya.

"Tindakan keluar parti dan menyertai PAS, dan meninggalkan ahli adalah satu tindakan peribadi yang tidak patut dilaksanakan," kata Nor Azman, sambil menjelaskan beliau tidak ada permusuhan atau perselisihan faham dengan bekas ketuanya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin bahawa ahli-ahli Umno bahagian tidak terpengaruh untuk bersama-sama dengan mantan ketua bahagian itu kerana menyifatkan mereka sudah berfikiran matang.

Dalam ucapannya hari ini sewaktu menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini, Zahar berkata 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan akan mengikut jejak langkahnya.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 38 ahli jawatankuasa bahagian dan 101 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.

Nor Azman juga menjelaskan, bahawa Zahar tidak sepatutnya menyertai PAS tetapi "sepatutnya dia tubuh parti baru".

"Beliau boleh bercakap apa yang beliau suka, dan buat apa yang beliau suka. Selama ini beliau hentam PAS, lepas tu (sekarang) jilat ludah balik," tambahnya.

PUTERA UMNO melihat situasi ini tidak lebih daripada manifestasi kekecewaan seorang pemimpin. Didalam hatinya sayang UMNO, tetapi dendam mengatasi segalanya. Mengapa atas kekecewaan dan perasaan tidak berpuas hati harus kita libatkan semua pihak. Di dalam kenyataanya jelas ada sesuatu dianatar beliau dengan Dato Seri Khir Toyo, Tan Sri Muhamad Mod Taib bagi peringkat Selangor dan YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan YAB Dato Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat.

Harus menjadi persolanya juga, mengapa baru hari ini beliau keluar UMNO, mengapa tidak ketika dipecat tempoh hari? Adakah sebab kekayaannya disekat atau ada sesuatu yang lain? Mengapa pula PAS jadi pilihan? Keadilan tidak ISLAM ke?

Beliau tidak cukup hebat pun sebenarnya, kekuatan dan peranguhnya di Bahagian hanyalah sedikit. Kalau Kuat, satu Bahagian UMNO akan turut sama dan menjadi lumpuh. Tun MAHATHIR YANG BEGITU KUAT dan berpengaruh juga keluar UMNO, tetapi tidak menyertai parti pembangkang dan akan kembali semula kepada UMNO selepas Pak Lah letak jawatan. Ini semua masalah peribadi. UMNO Sebuah Parti. Kami sayangkan PARTI bukanya pemimpin. Jasa pemimpin sentiasa dihargai dan dikenang. Pemimpin datang dan pergi.

Bangganya PAS dapat guna bangunan UMNO yang akan diberi oleh Datuk Zahar ini. Siap umum dalam harakahdaily.net lagi.

Ingat, Datuk Zahar dapat kekayaan atas tiket UMNO samapi mampu buat bangunan sendiri. PAS dan Pakatan Rakyat suka tuduh UMNO rasuah, jadi kalau guna bangunan dibina pemimpin UMNO, mungkinkah bangunan itu hasi rasuah? Kalau ya, PAS guna wang hasil rasuah juga ke?

Jangan dilupa lebih ramai tokoh besar Keadilan dan PAS masuk UMNO berbanding tokoh besar UMNO masuk Keadilan dan PAS. Rata-rata pemimpin UMNO yang kecewa akan keluar parti dan tubuh parti baru. Mengapa? Mesti ada sebab yang lebih baik bagi mereka dari masuk PAS.

"Statement Datuk Zahar, setelah puas merasai nikmat kekayaan, tiada apa lagi yang saya cari selain berjuang dijalan yang diredhai Allah iaitu bersama PAS". Fahami secara mendalam ayat ini. Dari mana kekayaan beliau perolehi? Habis Madu Sepah Dibuang! Mungkinkah beliau meraih pelbagai sumber kekayaan dari jawatan beliau? Akhirnya Nama UMNO juga yang buruk dengan pelbagai tuduhan akibat perangai pemimpin. Beliau dengan senang hati pergi begitu sahaja!

Maka PUTERA UMNO yakin, apabila wang Datuk Zahar kian berkurangan, beliau akan merayu untuk masuk UMNO semula. Inilah masalah UMNO, suka terima pengkhianat Parti. Datuk Zaid Ibrahim masih lagi mengaut kekayaan dalam pelbagai jawatan sebagai penasihat undang bagi institusi-institusi kerajaan sekarang. Pemimpin UMNO terlalu baik hati.

AHLI PARLIMEN BN ATAU PAKATAN RAKYAT DI KUALA TERENGGANU

Rencana Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu
Bagi tujuan mengundi semasa Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil maka MALAYSIA telah dibahagi kepada 222 Kawasan Parlimen. Tiap-tiap kawasan diwakali oleh seorang Ahli Parlimen. Ahli Parlimen adalah Wakil Rakyat bagi Kawasan Parlimen di sesuatu negeri.
Ahli Parlimen (MP) mewakali rakyat sebagai rakyat Persekutuan menakala Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) mewakali rakyat di DUN sebagai rakyat negeri dimana pengundi dilahirkan atau dimana ia tinggal.

Ahli Parlimen dan/atau ADUN sesuatu kawasan juga mewakali parti politiknya sendiri seperti MP dari UMNO, dari MCA, MIC, Gerakan, PKR, DAP, PAS dll.
Tiap-tiap parti politik, samada pehak Kerajaan atau pehak pembangkang mempunyi falsafah, tujuan, visi, memorandum dan pendirian mereka sendiri mengikut Perlembagaan Parti.
Buat masa sekarang parti yang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan ialah BARISAN NASIONAL yang mana Jemaah Kabinetnya dianggotai oleh pemimpin-pemimpin dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP di Semenanjung. Menakala Ahli Parlimen dari PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP dan PAS) ialah pembangkang di Parlimen.

Kerajaan Negeri Terengganu pada masa yang sama ditadbir oleh BARISAN NASIONAL dimana MB dan ahli EXCOnya adalah diwakali oleh ADUN dari UMNO, MCA dan MIC.
Apakah baik buruknya bagi rakyat sesuatu Kawasan Parlimen yang diwakali oleh Ahli Parlimen dari BN dan Ahli Parlimen dari PR sedangkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu ditadbir oleh BARISAN NASIONAL yang mempunyi majoriti AHLI PARLIMEN dari BN?

Pada pandangan saya apabila Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ditadbir oleh parti politik yang sama seperti BN maka sistem pentadbiran antara Kerajaan Pusat dan jenteranya berjalan dengan lancar, aman dan tenteram - tidak ada ketegangan politik dan pentadbiran. Apa jua dasar, rancangan, projek dan bantuan dari Kerajaan Pusat dapat disalur dan dilaksanakan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada Kawasan Parlimen dan Daerah dengan senang dan mudah dan ini adalah satu kebaikan kepada rakyat.

Siapakah rakyat dan pengundi di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mahu untuk mewakali mereka terpulanglah kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu.
Bolehkah calun dari PAS memberikan kemudahan dan kesenangan kepada rakyat Kuala Terengganu kalau wakil PAS dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu?
Apa kebaikkannya kepada rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sekiranya calun UMNO dipilih dan menang untuk mewakali rakyat Kuala Terengganu di peringkat Persekutuan melalui Parlimen?

Saya berpendapat pengundi-pengundi di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu patut memilih calun UMNO/BN untuk terus mewakali mereka semula di Parlimen. Pengundi-pengundi Kuala Terengganu perlu fikir-fikirkan, perlu bincang sebelum pergi mengundi demi masa hadapan pengundi-pengundi dan ahli keluarga mereka dan demi pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka tinggal.

SELAMAT MEMILIH WAKIL RAKYAT DAN SELAMAT MENGUNDI.
Contributed by Adam

Antara AKIM dan PAS, Siapa pilihan Penyokong Parti Keadilan?

Sedang team Erdogan dan Team Mubalah menyusun strategi supaya dicalonkan atas tiket PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia(AKIM) mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17hb Januari depan nanti. Umum sedia maklum, AKIM ialah serpihan PAS, macam KEADILAN yang tak puas hati dengan UMNO. Dari UMNO lahirnya pemimpin Keadilan, dan dari PAS lahirnya AKIM. PAS pun lahir dari UMNO jugak sejarahnya.

Terlebih menariknya, calon AKIM ialah bekas Naib Ketua Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Terengganu. Sudah tentu calon ini Harun @ Ab. Rahman Mohamad rapat dan mengenali dengan baik siapa penyokong Keadilan di Kuala Terengganu kerana beliau seorang pemimpin Keadilan di Bahagian. Apa ni? Keadilan tak tau jaga orang ke sampai lari. Kerja orang Adil lari sana sini. Makin lama, makin ramai orang kanan Brother Anwar Bin Ibrahim meninggalkannya. (Roslan Kasim,Chandra Muzaffar, Ezam & dll). Bukan calang-calang jawatan di pegang dalam parti Keadilan. Orang-orang bawah Keadilan sahaja yang tak sedar-sedar diperalatkan lagi kononya Anwar di zalimi dan sebagainya dan yang penting penyokong Keadilan percaya hanya Anwar sahaja mampu menyelamatkan Malaysia! Apa ingat di Nabi akhir zaman ke!

Berikut ialah kenyataan AKIM bersama wartawan:

PASIR PUTEH 23 Dis – Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, iaitu seorang peniaga, Harun @ Ab. Rahman Mohamad.

Setiausaha Agung parti itu, Kapten (B) Mohd. Rosli Ghazali berkata, pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum.

Calon kita ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk atas tiket Bebas pada 1974 tetapi kalah.

Dia juga salah seorang pengasas AKIM termasuk di Terengganu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di sini hari ini.

Hadir sama Presiden AKIM, Kapten (B) Abdullah Sani Musa dan Jawatankuasa Parti peringkat negeri Terengganu dan Kelantan.

Mohd. Rosli berkata, penyertaan AKIM dalam pilhan raya kecil ini akan menjadikan pertandingan lebih sengit dan yakin mampu menewaskan calon BN dan Pas dengan mudah menerusi sokongan pengundi muda.

Beliau berkata, selain pernah memegang jawatan penting dalam PKR, Harun juga adalah Pesuruhjaya AKIM Terengganu yang tidak wajar diperlekehkan kewibawaannya dalam politik dan hubungannya dengan masyarakat setempat.

Kita yakin akan memperoleh kemenangan meskipun ramai yang beranggapan ia hanya sia-sia,’’ katanya.

Beliau mendakwa AKIM mempunyai 20 cawangan dalam kawasan tersebut dengan keahlian hampir 3,000.

Menurutnya, manifesto parti dan isu kempen akan diumumkan selepas penamaan calon berasaskan tiga strategi yang masih menjadi 'rahsia' parti itu.

Sementara itu, Harun yakin tidak akan hilang wang pertaruhan kali ini kerana ia berbeza daripada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

"AKIM boleh mendapatkan sokongan untuk menang biarpun tipis memandangkan Pas dan BN menghadapi krisis dalaman termasuk isu pemilihan calon dan pengundi boleh memilih parti ini sebagai alternatif,".

3000 ahli ramai tu, diaorang pun nak perjuangkan Keadilan juga. Mak Cik Maimun apa khabar?

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Pemimpin UMNO Selamatkan Hak Melayu


Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa status hak milik kekal tanah di negeri Perak adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Tanah Negara.

Berikut adalah kenyataan beliau,– Cadangan kerajaan Perak memberi status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN),

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN.

Cadangan kerajaan Perak itu tidak boleh dilaksanakan sehingga keputusan MTN, ia perlu dijadikan keputusan oleh majlis tersebut,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini.

Pada 27 Jun lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.


(gambar: apakah nasihat dan tunjuk ajar yang diberi oleh YB Nga Kor Ming kepada nizar)


Walau bagaimanapun, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini bertegas menyatakan cadangan kerajaan negeri untuk memberikan hak milik tanah pegangan kekal bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru di negeri ini mematuhi Dasar Tanah Negara dan boleh dilaksanakan.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan untuk selama-lamanya hanya diberikan bagi maksud tujuan penggunaan Kerajaan Persekutuan untuk tujuan awam dan tujuan tertentu yang terhad.

“Tetapi kita juga ada kriteria yang dipanggil sebagai ’keadaan khas’ untuk meluluskan pegangan sedemikian.


Apa yang adil dan khasnya? Nak Tanah beli la!

“Kampung Tersusun dan Kampung Baru memenuhi syarat ’keadaan khas’ kerana kerajaan sebelum ini telah menafikan hak penduduk di situ untuk memperoleh pegangan kekal sedangkan penduduk di kawasan lain memperolehnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini bahawa cadangan kerajaan Perak itu tidak boleh dilaksanakan sehingga satu keputusan dicapai oleh Majlis Tanah Negara.

Keadaan khas masih tidak diperjelaskan? Kalau pemimpin UMNO dah macam-macam kena tuduh ni! tak faham atau buat-buat tak faham! Apa yang khasnya?

Apa yang penting disini, sejak mengambil alih kerajaan Negeri Perak dari BN, kenapa tanah menjadi sasaran utama kerajaan Pakatan Rakyat. Adakah kerana Pakatan Rakyat sedar peluang untuk berkuasa pada penggal hadapan amat tipis, maka diambil segala yang boleh. Nak ambil percuma je ke, bayar lah.

Sepanjang zaman pemerintahan BN, belum pernah pemimpin-pemimpin UMNO yang dituduh korup, jahat dan sebagainya menukar status hak milik orang cina di kampung baru kepada 999 tahun atau kekal. Umum mengetahui status hak milik sementara hanyalah 99 tahun cukup 1 atau 2 generasi menikmati penggunaan tanah itu. 999 tahun bersamaan 11 keturunan atau lebih. Mungkin hingga kiamat. Apakah makna semua ini? Tidak Melayu sedar dan merasai bahana keadaan ini.

Bagaimana pula nasib orang Melayu? Dapatkah Melayu Tanah sebegini? Terlalu licik permainan DAP ini. Masih ada Melayu yang mahu bersama pejuang PAP dari Singapura ini. Melayu nak Tanah kena bayar. Inilah Keadilanya. Malaysia Malaysia. Segalanya sama rata dan dikongsi bersama.

Ingat, jangan kerana politik semata-mata, maruah dan hak Melayu tergadai. Inilah dia Pakatan Rakyat, sebuah Parti Politik yang kononya bersih, tidak korup, tidak menipu dan segala-galanya baik, walhal lebih teruk dari tuduhan mereka terhadap UMNO dan BN itu.

Sumber : BERNAMA

Cuit-Cuit Nukilan Graduan Melayu Muda (GGMM)


SEORANG KAWAN DI KUALA TERENGGANU BERTANYA SAYA...

SIAPA YANG DIA PATUT UNDI...

SAYA JAWAB...

UNDILAH PAS...

DIA TANYA MENGAPA?

1. PAS ISLAM...UMNO KUFFAR
2. UNDI PAS MASUK SYURGA...UNDI UMNO MASUK NERAKA
3. PAS SOKONG HUDUD...UMNO MENENTANG HUDUD
4. ORANG PAS TAK MAIN DUIT...ORANG UMNO MAIN DUIT
5. PAS KONTROL DAP...UMNO TAKUT DENGAN DAP
6. SEJAK PAS MEMERINTAH SELANGOR, KEDAI JUDI/ARAK/KUDA/PELACUR

SEMUA TUTUP KEDAI
7. SEJAK PAS MEMERINTAH SELANGOR, KORBAN DI BUKIT ANTARABANGSA

TAK SERAMAI KORBAN DI HIGHLAND TOWERS SEMASA PEMERINTAHAN
UMNO.(SEBAB TUHAN SUPPORT PAS LA TU)
8. SEJAK PAS MEMERINTAH 5 NEGERI, KDNK NEGARA MELONJAK 73%.
9. SEJAK PAS MENJADI MENTERI BESAR, RAKYAT HIDUP SENANG DAN SELESA
10. Jika PAS memerintah, kita boleh MENCARUT secara terbuka mengikut

keadaan. UMNO anti carut....tak best....
11. SEJAK PAS MEMERINTAH 5NEGERI, ANAK BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL

MULA KELIHATAN DENGAN JELAS DAN MEMUDAHKAN PENGUMUMAN OLEH
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA.


SO...UNDILAH YANG TERBAIK PADA PILIHAN ANDA?????.

Fikir-fikirkanlah dan SELAMAT BERAMAL.

Selasa, 23 Disember 2008

Mengapa PAS diam Dalam ISU BABI?

PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

(Gambar: Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) membakar empat replika babi yang dibuat daripada kertas di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah pada 21 Disember 2008). Sedar atau tidak, dalam isu babi di Selangor dan Melaka, PAS tidak pernah membantah langsung. Malah Menteri Besar PAS dari Kedah menyatakan kesediaan untuk membuka ladang babi pula di Bukit Selambau, Kedah.

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

HUSAM TETAP MAHU LAKSANAKAN HUDUD JUGA

(Gambar: Husam dan Guan Eng. Seorang mahu hudud, seorang lagi tentang hudud, tetapi mereka dalam Pakatan yang sama. Mengapa jadi begitu? Sedang main wayang ke?). "Pas akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum. Kita akan buat,” kata Husam Musa (Naib Presiden PAS) dalam wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam, Kota Bharu pada 20 Disember 2008.


(Gambar: Husam sedang buat apa tu?). Setelah gagal buat hudud semasa menerajui kerajaan Terengganu pada penggal 99-2004, PAS berjanji pula untuk melaksanakan hudud ketika hampir pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Apakah ini satu lagi janji untuk pilihan raya kecil sahaja? PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990 (18 tahun) tetapi hingga kini belum lagi laksanakan hudud. Di Perak, Menteri Besar PAS tidak berani langsung sebut hudud dan qisas.

Sejak memerintah Kedah, 9 bulan yang lalu, PAS juga gagal melaksanakan hudud. Bukan sekadar hudud, bila ada orang mahu perlahankan azan dan mansuhkan tulisan jawi, PAS diam sahaja. Ketika hampir dengan pilihan raya kecil, terdengar pula perkataan "hudud". Kumpulan Erdogan pula yang mengeluarkan kenyataan hudud kali ini. Apakah kenyataan Husam ini semata-mata untuk memujuk kumpulan ulama dalam pilihan kecil Kuala Terengganu?

RENCANA : Adakah PAS Juga Penjahanam Agama dan Bangsa

Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.
Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Posted By : Taminsari Shah Alam

PAS Terjun Dengan Labu-Labunya

MUNGKIN benar, terjunlah PAS dengan labu-labunya. Ini benar dan bukan tulisan yang berbentuk seloka untuk menjadikan bacaan menjadi ringan dan menghiburkan. Kalau mahu menghiburkan mungkin dalam majalah Mangga dan Hai. Apa yang sebenarnya yang mahu kita definisi PAS ialah idealisme yang di bawanya. Mereka mendakwa dan mendakwahkan Islam tetapi mereka juga mendoktrinkan agama sebagai dokumentasi manifestasi politik,tidak lebih dari itu.

Mereka mendakwahkan Islam pada yang beragama Islam,menerima pakatan DAP sebagai rakan kongsi dan dalam masa yang sama menjadi minoriti dalam Pakatan Pembangkang. Ini bukan palsu. Ini benar dan inilah hakikat yang ada.

PAS turut dan menuruti seperti mana dalam surat-surat kerajaan yang diakhiri dengan ayat “SAYA YANG MENURUT PERINTAH”. Begitulah nasib PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi mahu tidak mahu tersepit untuk terus mengikuti PKR dan DAP. PAS sedar tetapi cuba berselindung dengan nada “everything is alright” dan ini meliputi agama Islam yang merupakan kunci perniagaan hari ini.

Angan-angan PAS tidak senada dengan Pakatan Rakyat. PAS yang juga di kenali dengan parti jubah ini cuba berubah tetapi adakah mereka dapat merubah kedudukan sedangkan mereka sendiri melukut di tepian gantang. PAS hari tersepit antara legasi kemenangan PR dengan kedudukan mereka dalam percaturan politik Anwar.

Ini hakikat dan hakikat ini perlu disedari oleh PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti ortodoks yang perlu ada untuk menjadi kayu penyokong dan kemudiannya setelah dapat berdiri kayu itu dibiarkan reput.

Terlampau banyak insiden semada dalam PAS yang jelas menunjukkan mereka dan PKR dan Dap adalah hanya pemanas kerusi yang tidak mempunyai suara vokal dalam memperjuangkan idealisme perjuangan mereka. PAS harus memikirkan semula demi perjuangan Islam yang ramai ragu dan melabel sebagai ajaran sesat.

Nasib PAS juga seakan-akan ditentukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar adalah dominasi kuasa dan hari ini semua yang lain hanya dianggap pemanas kerusi yang tidak akan menguntungkan PAS. Bukankah PAS tersasar jauh dengan kolaborasi dengan DAP? PAS harus sedar, mungkin telah sedar bahawa kehadiran mereka tidak mendatangkan impak secukupnya untuk memperjuangkan idealisme Islamnya.

Mungkin PAS juga harus menubuhkan Islam kontemporari,keluar dari kepompong lama dan seakan gagal untuk melunaskan desakan khususnya mengenai Melayu.PAS perlu memikirkan semula- keadaan yang semakin tidak konsisten dan persekitaran yang tertutup buat PAS. Ahli PAS juga harus berani keluar dari kumpulan tertentu dan masuk kumpulan tertentu. Moralnya – PAS sepatutnya tidak lagi terbantut dengan nilai lama tetapi harus ada injeksi baru yang pasti menguntungkan mereka.

Namun setakat hari ini,PAS jelas lenyap dengan keperluan menggugurkan perjuangan Islam untuk politik, maka terjunlah PAS dengan labu-labunya.

Sumber Artikel : Malaysia Hari Ini

Isnin, 22 Disember 2008

HUDUD dan Janji YB Khairy

Sedutan dari laporan akhbar The Star, Disember 21hb, 2008 berkenaan forum atas:
... Khairy launched another attack on Husam when he asked whether hudud law would be implemented if Pakatan Rakyat had taken over the Government on Sept 16.

Husam gave an assurance that hudud law would be implemented if they had taken over.
Associate Prof Mohd Agus added fuel to the already hot topic and asked Khairy if he would push for hudud law if he became the Umno Youth chief.
Khairy smilingly replied that he would, which resulted in shouts among PAS supporters in the hall...

Terlebih dahulu Putera UMNO Kuala Pilah ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha dan keberanian Yang Berhormat Khairy Jamaludin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menghadiri program di kubu kuat PAS, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun persoalanya, adakah benar YB Khairy berjanji untuk membawa cadangan perlaksanakan hukum Hudud jika memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia nanti? Jika benar, ini membawa erti yang besar dalam perjuangan Pemuda UMNO Malaysia dan sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya dikalangan ahli Pemuda dan rakyat Malaysia. Mungkinkah ini agenda YB Khairy menghadapi pemilihan parti Mac nanti?

Walauapapun, yang dijanji haruslah dipegang dan ditunaikan. Janganlah seperti PAS yang hanya pandai berjanji, tetapi gagal melaksanakan janji memandangkan rakan seperjuangan DAP tidak bersetuju. Akhirnya penyokong PAS juga yang kecewa.

Lim Kit Siang dalam kenyataan rasminya yang dipetik dalam Malaysiakini jam 3.03 petang tadi berkata, Hudud bukan didalam Polisi perjuangan Pakatan Rakyat. Pemimpin veteran parti itu mahu Naib Presiden PAS mengkaji dan menjelaskan semula apa yang telah dijanjikan dalam program wawancara tersebut iaitu PAS akan melaksanakan Hukum Hudud jika memerintah Malaysia nanti. Lim Kit Siang menegaskan bahawa DAP tetap dengan pendirian mereka bahawa Malaysia bukannya sebuah Negara Islam dan akan kekal dengan polisi Malaysia ialah negara Sekular jika memerintah kelak.

Apa pula pandangan dan janji Dato Seri Anwar Ibrahim kali ini? Adakah beliau akan mendiamkan diri, terus berbohong atau terpaksa memilih antara dua dalam menjaga hati sahabat baiknya terutama dalam DAP itu. Maka kecewa dan terkorban lagilah PAS dalam Pakatan Rakyat. Janji tinggal janji, penyokong Pakatan Rakyat kecewa dan tertipu lagi.

Ahad, 21 Disember 2008

PAS v DAP, RETAK MENANTI BELAH

Dalam Buletin Utama malam tadi, Senator Datuk Wan Ahmad Farid selaku calon BN dalam PRK Kuala Terengganu menyatakan bahawa beliau tidak faham mengapa PAS mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan untuk memilih dan mengumumkan Calon yang akan mewakili PAS nanti! Ujarnya, apakah maksud ataupun tanda jika Tuan Guru Hj Nik Aziz hendak orang ni, Presiden nak orang tu, Pesuruhjaya PAS Negeri nak orang lain. Apakah PAS tidak sefahaman ataupun sudah gusar memandangkan sokongan rakyat semakin kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional!

Dalam majlis yang lain iaitu Debat Terbuka Naib Presiden PAS, YB Husam Musa yang dikaitkan dengan Team Erdogan dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara YB KJ, setelah diasak YB KJ, YB Husam menegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hokum Hudud! Betul k?. Apa reaksia Lim Kit Siang dan Karpal Singh sahabat baik Hj Hadi nanti. Berkali-kali Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh Negara Islam! Berani Ke? Adakah Brother Anwar Bin Ibrahim terpaksa menjadi hero menenang keadaan.

Yang pasti menarik ialah, siapa menang dan kalah dalam Isu program I-Dance di Pulau Pinang tempat Bang Nuar. Pemuda DAP dalam kenyataan yang di petik BERNAMA menyatakan rasa kecewa dengan penentangan yang di buat oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dalam program ini. Pemuda Pas Pulau Pinang menegaskan bahawa program ini mengundang maksiat dan harus dihentikan. Setakat ini sudah dua kali demonstrasi bantahan di buat oleh Pemuda Pas Pulau Pinang, tetapi kerajaan Negeri DAP tetap berdegil meneruskan program sama macam isu Papan Tanda Jalan Pelbagai Bahasa di Pulau Pinang. Pandangan Pemuda PAS ditolak mentah-mentah. Sekali lagi PAS mengalah.

Mungkinkah PAS for ALL termasuk dalam soal agama Islam? Di mana pendirian sebenar PAS? Berapa ramai orang DAP yang telah PAS berjaya bimbing masuk ISLAM berbanding orang-orang bukan Islam yang masuk ISLAM atas usaha kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan dan NGO2 tertentu. Adakah PAS diperkudakan? Pakatan Rakyat, PAS tetap no 3.

KERAJAAN PAS ANJUR SAMBUTAN HARI KRISMAS

Pada 13 Mei 2008, Nizar Jamaluddin bersama dengan 30 orang ADUN Perak menaiki bas ke Dewan Rakyat. “If we go individually, we would use a lot of state funds for everyone’s petrol, toll and allowance claims,” kata Nizar. Dulu kata tidak hendak pakai duit rakyat, tetapi sekarang sudah beli 16 kereta Toyota Camry bernilai RM167,000 setiap satu. Cukai Proton yang dipertikaikan, bila sudah dapat kuasa ada mana-mana cukai dikurangkan di Perak? Nanti tidak cukup duit, tebang balak pula nanti.Pada 27 Disember 2008 nanti, kerajaan PAS negeri Perak mahu menganjurkan pula "Konsert Muhibbah Hari Krismas" di Stadium Indera Mulia, Jalan Ghazali Jawi, Ipoh. Dulu PAS beriya-iya mahu menegakkan hudud dan qisas. Sekarang ini, tidak pernah sebut lagi pun hudud dan qisas. Adakah kerana janji Perjanjian Pangkor 2? Malah sambutan konsert Krismas pula dianjurkan oleh PAS di Perak.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Abdullah bin Umar berkata "Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”.

Apakah team ulama PAS akan membiarkan sahaja perkara ini berlaku? Apakah konsert ini dibuat untuk meraikan DAP di Perak? Bila sudah dapat kuasa, sudah lupa hudud dan qisas. Lupa juga, yang mana satu buatan Malaysia dan buatan luar. Apa nak jadi dengan PAS di Perak?. Membangun bersama Islam atau menjadi pak turut kepada gerakan DAP?

Ahli Parlimen PAS Bersubahat Anjurkan Forum IFC

Berikut adalah satu forum Inter Faith Dialouge On Poverty yang ingn dianjurkan oleh YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) pada 20 Disember 2008 di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang. Namun pusat operasi untuk penganjuran forum ini adalah di pejabat YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Malah YB Khalid Samad turut sama mempromosikan penganjuran forum ini dalam blognya.

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Kali ini, selepas 9 bulan menang, YB Khalid Samad bersubahat sama untuk menganjurkan forum IFC? Apakah Zulkili Nordin (Ahli Parlimen Kulim) akan bertindak kali ini? Jika beginilah sikap Khalid Samad, maka tidak salah tindakan Hassan Ali meminggirkannya dalam PAS.

Malam Kebudayaan Negeri Sembilan

Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) akan menganjurkan Malam Budaya Negeri Sembilan di Dataran Seremban dekat sini pada 28 Disember ini.

Presidennya, Khaidir Jamal berkata, program yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu menyasarkan penyertaan persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini.

Jelas beliau, matlamat utama program berkenaan adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya tempatan di kalangan belia.

''Lebih istimewa lagi, beberapa persatuan belia dari Yaman akan hadir menyaksikan Malam Budaya Negeri Sembilan," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Khaidir, pihaknya turut menjemput kumpulan artis-artis budaya dari Sumatera Barat, Indonesia untuk membuat persembahan.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung program itu membantu mempromosi kegiatan pelancongan di negeri ini.

''Saya dimaklumkan persatuan belia Yaman akan menghantar rencana dan gambar tentang lawatan mereka di sini kepada media cetak di negara mereka.

''Inisiatif itu akan membantu mempromosi destinasi pelancongan di negeri ini secara percuma kepada orang ramai di Yaman," jelasnya.

Usaha-usaha murni membangunkan negeri dan negara ini seperti biasa mendapat kritikan negatif daripada Pakatan Rakyat. Dalam satu blog penyokong Pakatan Rayat, Anak Muda Kampung(AMK) Negeri Sembilan dengan sinis menyatakan program ini adalah sempena sambutan Maal Hijrah seolah-olah memperlihatkan Kerajaan Negeri Sembilan mempersendakan kesucian agama Islam sempena Maal Hijrah iaitu tahun baru bagi Umat Islam. Pembangkang tidak pernah melihat usaha murni ini dari sudut yang positif. Betapa besar kesan ekonomi yang menjana pendapatan negara dan negeri dalam aspek pelancongan melalui program seperti ini. Tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, Negeri Sembilan dapat dipromosikan secara percuma di negara Yaman.

Paku Dulang Paku Serpih, mohon pengunjung blog ini membaca artikel seterusnya di atas bagi memperlihatkan siapa sebenarnya Pakatan Rakyat terutamanya tembelang PAS dalam memperjuangkan Islam.

BABI Sudah Jadi Mainan

Pada 5 September 2007, seramai 100 orang penternak babi (gambar) membuat benteng manusia menghalang polis untuk menutup ladang babi di Paya Mengkuang, Melaka. Biarpun diberi tempoh hingga 21 September untuk menutup ladang tersebut, tetapi sehingga ke hari ini ladang tersebut masih lagi beroperasi. Ketika usaha penutupan, sudah ada 48,000 ekor babi. Sekarang ini jumlahnya mungkin berkali ganda. Berapa kali Karam Singh Walia hendak marah dalam TV3 berkenaan dengan isu alam sekitar? Mahu dengar pantun lagi?

(Gambar: Ketika sedang kecoh isu penutupan babi datanglah DAP. Apakah kehadiran pemimpin DAP ini untuk memberi sokongan moral kepada penternak babi di Melaka?. Betty Chew (ADUN Kota Laksamana, isteri Guan Eng) sedang memegang anak babi sambi diperhatikan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Anak babi adalah simbolik untuk menarik simpati? Bila simpati bolehlah anggap tutup ladang sebagai zalim, bukankah begitu?).

Persoalannya ialah tindakan dan sikap 100 orang penternak babi terbabit. Biarpun diberi peluang tetapi masih lagi berdegil. Mengapa mereka sebegitu berani? Ada sesiapa di belakang yang mempengaruhi mereka bersikap sedemikian? Pada 13 November 2008, satu kepala babi telah digantung di atas pintu pagar rumah Md Rawi Mahmud (AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah). Sebelum itu, pada 18 Oktober 2008, sekumpulan penduduk telah menemui bangkai kepala babi di kawasan pantai Pengkalan Balak.

(Gambar: Salah satu kain rentang Pewaris). Pada 17 Disember 2008, satu lagi kepala babi digantung di kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris). Apakah kepala babi kini sudah menjadi senjata ugutan terbaru sesetengah pihak untuk menakut-nakutkan orang Melayu? Ini baru ada 48,000 ekor di Paya Mengkuang, kalaulah ada bilangan yang lebih besar di Sepang dan Bukit Selambau, sudah tentu kepala babi akan digantung di sana sini untuk takutkan pihak-pihak yang dianggap "anti babi".

Hairan, dulu PAS cukup anti dengan babi dan kafir, tetapi sekarang ini bila sudah enak di tampuk kuasa, PAS nampaknya terlupa menegur DAP dan sekutunya tentang persoalan babi. Diam membisu mengiyakan apa sahaja yang dibuat DAP. Pihak yang buat tindakan kurang ajar mengantung kepala babi secara bersiri ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Tindakan sebegini tidak harus dibiarkan berleluasa. Lama-kelamaan, kalau ditiup sentimen, ianya boleh menjadi api yang lebih besar.


Penubuhan semula Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tangkoh Sikota

Majlis ramah mesra bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah dan mesyuarat penubuhan semula Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tangkoh Sikota dalam Kawasan DUN Johol.

Dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Tuan Adnan Bin Hj Abu Hassan, beliau serba sedikit telah menceritakan semula sejarah penubuhan UMNO bagi ingatan semula semua hadirin. Beliau kemudiannya menegaskan betapa UMNO selama inilah yang sentiasa memperjuangkan Islam dan Bangsa Melayu, maka setiap ahli Pemuda haruslah sedar dan sentiasa memperjuangkan Agama dan Bangsa dengan memartabatkan Pergerakan Pemuda ini.

Dengan mensyukuri nikmat, maka para ahli UMNO akan menyedari betapa beruntungnya menjadi rakyat di Negara yang bertuah ini di mana dengan kebijaksanaan para pemimpin UMNO telah banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat dan Negara. YB Adnan juga memberi contoh mengenai pemimpin-pemimpin yang dilahirkan oleh UMNO tetapi telah mengkhianati perjuangan UMNO apabila telah Berjaya seperti Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid. Mereka adalah produk UMNO.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kuala Pilah, Barisan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, beberapa orang Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua serta Timbalan UMNO Cawangan Tangkoh Sikota En. Shamsul Bahri Bin Hj. Shamsudin dan Cikgu Zainal Bin Adam.

Dalam mesyuarat penubuhan semula tersebut, saudara Mohd Fadzil Bin Dahalan telah dipilih menjadi Ketua Pemuda Cawangan dan Saudara Mohd Jefri Bin Abu Hassan Chong selaku Naib Ketua Pemuda.

Tahniah Datuk Wan Ahmad Farid

Wan Ahmad Farid calon BN

KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 7,000 penyokong BN di Seri Iman, kira-kira pukul 4.52 petang ini.

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diiringi Datuk Zuber Embong bersalaman dengan pelajar di majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Tahfiz Cuti Sekolah Masjid Kristal di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam

Sabtu, 20 Disember 2008

Konvensyen Pemuda Barisan Nasional

Pemuda Barisan Nasional (BN) mahu Konvensyen BN yang dijadual berlangsung Februari depan berbincang secara terbuka dan berani berkaitan semua isu yang menjadi 'duri dalam daging' terhadap hubungan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda BN tidak mahu konvensyen itu hanya berbincang sesuatu isu sekadar di permukaan atau kulit sahaja.

"Mesej kita kepada jawatankuasa (penganjur), jangan buat konvensyen yang tidak mendalam atau hanya cakap atas permukaan sahaja, kita mahu isu sebenar diperbincangkan secara mendalam," katanya selepas Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda BN di sini hari ini.

Beliau berkata, Pemuda BN juga menyambut baik penghargaan yang diberikan kepada pihak itu apabila Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dipilih untuk membentangkan kertas kerja utama pada konvensyen itu.

Katanya, Pemuda BN memandang serius tanggungjawab yang diberikan dan akan memperincikan isu-isu dan permasalahan rakyat pelbagai kaum masa kini dalam kertas kerja bertajuk 1 Malaysia.

"Kita mahu menegaskan semula semangat perkongsian kuasa yang tulen antara parti-parti BN, kita ambil maklum pelbagai masalah yang perlu ditangani secara bersama.

"Bukan lagi masalah orang Melayu oleh UMNO, masalah kaum Cina oleh MCA dan masalah kaum India oleh MIC semata-mata, kita mahu semua parti menangani masalah semua kaum. Ini semua adalah masalah Malaysia," katanya.

Beliau berkata, bagi tujuan menyampaikan sebuah kertas kerja yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat pelbagai kaum, Pemuda BN akan bertemu beberapa kali lagi selepas ini bagi berbincang secara terbuka untuk memperincikan topik-topik yang perlu dibentangkan dalam konvensyen tersebut.

Kata Khairy, matlamat utama yang ingin dicapai pihaknya melalui konvensyen itu ialah semangat perkongsian kuasa BN perlu diperkukuhkan kembali.

Penswastaan IJN Ditangguh

INSTITUT JANTUNG NEGARA

Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.

‘‘Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan.

‘‘Maknanya kerajaan tidak mengabaikan atau tidak akan mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini.

Dato Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memandangkan cadangan pengambilalihan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat, keputusan penangguhan itu nanti membolehkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Beliau menjelaskan, kajian tersebut yang dijangka mengambil masa beberapa bulan membabitkan Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU ) dan Kementerian Kewangan.

‘‘Ini supaya apa-apa keputusan yang akan kita buat nanti merupakan keputusan yang tidak akan menimbulkan sebarang keraguan terutama sekali dari segi masa depan IJN untuk menjalankan kewajipan sosial mereka nanti,” katanya.

Menurut beliau, faktor tempoh masa bagi menjalankan kajian tersebut tidak menjadi perkara penting sebaliknya yang lebih utama ialah sebarang keputusan yang bakal dibuat nanti akan benar-benar menguntungkan rakyat.

Selain itu katanya, keputusan itu nanti juga akan dipastikan dapat memberikan sumbangan bagi membangunkan IJN sebagai pusat perubatan jantung bertaraf antarabangsa.

‘‘Penekanan kita ialah kepada kepentingan rakyat,” tegasnya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Institut Jantung Negara (IJN) terus memberikan keutamaan terhadap program sosial kepada rakyat kurang berkemampuan.

Justeru Naib Ketuanya, Khairy Jamaludin mahu kerajaan memastikan IJN dapat meneruskan khidmatnya membantu pesakit daripada kalangan berpendapatan rendah selepas pengambilalihan ekuitinya sebanyak 51 peratus oleh Sime Darby Berhad.

"Walaupun IJN sudah bertaraf dunia, ia masih mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, sekali gus menjadi antara kriteria bagi membuat sebarang keputusan membabitkan masa depan hospital itu.

"Saya juga mahu mencadangkan supaya IJN mengendalikan pusat jantung lain kerajaan seperti di Serdang; Pulau Pinang; Johor Bahru dan Kuching", katanya.



Putera UMNO berpandangan bahawa IJN tidak perlu di swastakan memandangkan reputasi baik yang di bina selama ini adalah di bawah pengawasan kerajaan. Apa perlunya anak syarikat kerajaan(GLC) membeli semula kepentingan kerajaan? Harus juga di ingat bahawa Sime Darby adalah sebuah konglomerat berasakan perniagaan dan keuntungan adalah matlamat mereka.




Kerajaan haruslah peka terhadap nasib majoriti rakyat memandangkan kos rawatan penyakit jantung amatlah tinggi. Putera UMNO amat berharap Pergerakan Pemuda UMNO benar-benar berjuang selari dengan visi Tradisi Membela Rakyat yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun dari satu aspek penswastaan dilihat mampu memberi sinergi baru kepada IJN, namun kesan negatif haruslah dikaji secara mendalam agar kepentingan semua pihak diambil kira dan terjamin.




Tun Dr. Mahathir dalam blognya che det menyatakan beliau lebih suka dan bersetuju supaya IJN dikekalkan seperti sedia ada.


Jumaat, 19 Disember 2008

Wajarkah IJN di swasta?



Menurut Perdana Menteri,Kerajaan mahukan jaminan daripada Sime Darby untuk meneruskan khidmat kepada golongan berpendapatan rendah jika syarikat itu mengambil alih kepentingan dalam IJN Sdn. Bhd., kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, pengambilalihan itu jika berlaku bukan bermakna kerajaan tidak mampu menanggung kos operasi Institut Jantung Negara (IJN), tetapi mahu melihat hospital yang khusus dalam rawatan jantung itu dapat diperbesarkan dan dipertingkatkan lagi kecemerlangannya.

Bagaimanapun katanya, kerajaan akan memastikan rakyat yang berpendapatan rendah akan terus menikmati rawatan di IJN dengan caj yang berpatutan.

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat. Ini juga bergantung kepada banyak syarat-syarat lain," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Katanya terdapat beberapa pihak yang menentang cadangan Sime Darby membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"Andaian mereka sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan tersebut," katanya.

Perdana Menteri memberitahu, jika pengambilalihan itu berlaku, ia tidak akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan terhadap rakyat malah kerajaan akan membina hospital yang serupa dengan IJN sekiranya ada kemampuan termasuk di luar Kuala Lumpur.

Menurutnya, cadangan pengambilalihan itu perlu diberikan pertimbangan sewajarnya terutama dalam meningkatkan lagi kemampuan IJN daripada segi menyediakan rawatan, ubat dan pakar-pakar yang terbaik.
''Dalam bidang perubatan ini, banyak perubahan yang berlaku dalam erti kata hospital yang kita nak jadikan paling canggih mesti ada alat paling baik begitu juga ubatnya dan pakarnya juga yang terbaik.
"Ini mungkin memerlukan kita membayar gaji lebih, bergantung pada siapa yang memilikinya, jadi banyak kos yang perlu dikeluarkan bagi menambah kekuatan dan keupayaan serta menambah lagi bilangan katil untuk pesakit serta bilik bedah," katanya.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini ramai yang mengandaikan IJN milik kerajaan dan rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati rawatan daripadanya hingga menyebabkan mereka bimbang jika ia diuruskan oleh swasta.

Bagaimanapun beliau berkata, keputusan pengambilalihan itu bergantung kepada banyak syarat dan sama ada Sime Darby mampu memenuhi harapan kerajaan.

"Harapan kita adalah agar perkhidmatan hospital yang begitu cemerlang seperti ini akan tetap dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah yang pada hari ini sedang menikmati rawatan seperti itu dengan caj yang berpatutan," katanya.

Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.

Menurutnya, Sime Darby merupakan pihak yang mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan mengenai hasrat tersebut beberapa bulan lalu dan bukan kerajaan yang menemui konglomerat itu.

Beliau berkata, syarat lain ialah rundingan mengenai nilai ekuiti pengambil alihan kelak yang memerlukan Sime Darby melaksanakan kajian wajar yang akan dikemukakan semula kepada kerajaan untuk kelulusan.

Syarat terakhir katanya, ialah berkaitan penyediaan pelan perniagaan iaitu perancangan Sime Darby untuk memajukan lagi IJN dalam tempoh lima tahun atau selanjutnya.

''Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan ke atas IJN, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus dan bakinya masih dipegang oleh Kementerian Kesihatan.

''Dan mengapa Sime Darby? Ini kerana Sime Darby juga adalah sebuah syarikat rakyat. Kami adalah syarikat milik kerajaan (GLC) dan memiliki 10.5 juta pemegang saham,'' katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sebelah pagi, yang mengesahkan khabar angin dalam blog mengenai kemungkinan Sime Darby mengambil alih IJN.

Ahmad Zubir berkata, di pihak Sime Darby, pengambilalihan itu akan mampu membawa sinergi kepada IJN, menerusi kekuatan Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime.

''Kita komited terhadap perkhidmatan sosial kepada mereka yang berpendapatan rendah dan dari sudut Sime Darby, aspek mereka yang berkemampuan akan turut menikmati manfaat.

''Misalnya, jika berlaku katil atau bilik pembedahan penuh di IJN kelak, pesakit tersebut boleh dihantar menggunakan kemudahan kami di Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC) dan dengan doktor yang memiliki kepakaran yang sama,'' jelas beliau.

Menurut beliau, langkah seterusnya ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus sebagai formaliti.

Beliau menafikan pihaknya akan membuat rombakan terhadap barisan pengurusan IJN kerana 'mereka kini menguruskan IJN dengan cemerlang'.

Ditanya mengenai pendapat bahawa bila sesebuah institusi kerajaan diambil alih swasta akan menukar kadar caj, Ahmad Zubir berkata, pihaknya komited untuk tidak berbuat demikian.

Ahmad Zubir berkata, langkah mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN adalah sejajar dengan pelan perluasan Bahagian Penjagaan Kesihatan Sime Darby.

Sime Darby kata beliau, mempunyai pilihan untuk membina sendiri pusat perubatan jantung tetapi ia akan memerlukan bertahun-tahun untuk membina nama dan reputasi. Sebaliknya menerusi jenama IJN ujarnya, aspek reputasi tidak menjadi masalah disebabkan IJN sememangnya sudah terkenal sebagai pusat perubatan jantung terulung di rantau ini.

DAN Berikut ialah kenyataan para Pemimpin Negara:

Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat

–Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Perdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan

–Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat

–Datuk Dr. Chua Soi Lek
Timbalan Presiden MCA
(Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan

–Khairy Jamaludin
Naib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus

–Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby

Walau apa pun jua keputusan kerajaan nanti, apa yang penting kebajikan rakyat haruslah sentiasa mendapat keutamaan bukannya keuntungan. Kerajaan tidak harus memindahkan beban kewangan kepada rakyat memandangkan kos rawatan dan pembedahan untuk penyakit jantung adalah tinggi dan IJN adalah symbol kejayaan bidang perubatan moden Negara di rantau ini. Harus diingat ialah bahawa matlamat Sime Darby sebagai sebuah konglomerat perniagaan dalah bermotifkan keuntungan.

Dan yang penting juga pengambilalihan ini haruslah telus supaya tidak ada pihak ke tiga yang mengambil kesempatan meraih keuntungan daripada keadaan ini.

Kepimpinan PEMUDA UMNO Malaysia khususnya dan Bahagian Kuala Pilah amnya haruslah peka dan sentiasa berani ke hadapan bersuara membela kebajikan dan kepentingan rakyat.