Khamis, 20 Ogos 2009

PAS NOT FOR ALL

Parti PAS seringkali melaungkan slogan "PAS FOR ALL" khususnya menarik sokongan golongan bukan Islam bersama dengan Parti itu.

Namun keadaan hari ini menunjukkan bahawa PAS sebenarnya mengamalkan politik Pilih Kasih, tetapi sering menuduh UMNO pula.

Tuan Guru Nik Aziz selalu mengajak ahli dan penyokong UMNO supaya meninggalkan UMNO dan bersama dengan PAS. Namun, apa yang terjadi di dalam kes Saudara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang memohon untuk menyertai Parti PAS tetapi di tolak pada pagi ini tadi di Ibu Pejabat Parti PAS menunjukkan Parti ini mengamalkan dasar tutup pintu dan pilih kasih terhadap penyokong mereka.
Ini bukan kali pertama permohonan saudara Azam untuk masuk PAS ditolak, tetapi telah berkali-kali seperti yang didakwa oleh Azam sendiri. Sememangnya Azam terkenal dengan budaya Ekstrim beliau yang begitu fanatik dalam soal Melayu dan Islam ini. Namun wajarkah permononannya ditolak keranan PAS takut tidak boleh mengawal anak buahnya sendiri nanti. Bukankah Anwar Ibrahim lebih Ekstrim dan fanatik dalam soal Politik? Tetapi boleh pula menjadi sahabat baik PAS.

Azam juga bukan ahli UMNO atau mana-mana ahli Parti Politik, cuma bergiat aktif didalam beberapa NGO Pro Melayu dan Islam.

Azam dipetik berkata, beliau yang menganggap hak beliau dinafikan oleh parti tersebut, akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada waktu sebelah petang hari ini.

Tiada ulasan: