Rabu, 9 September 2009

TENTERA SASARAN PAS


Memandangkan jumlah undi Pos yang sangat besar di Kerusi N31 Bagan Pinang, PAS sedang mengatur strategi menawan dan mendapatkan undi Pos dari warga Angkatan Tentera Malaysia(ATM) supaya mereka dapat memenangi kerusi N31 Bagan Pinang.
Blog-blog PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan mula memfokuskan sasaran mereka ke arah golongan Tentera, dan berkemungkinan juga calon yang dipilih berlatar belakang tentera.
Persoalanya, seperti biasa PAS menuduh UMNO mengamalkan budaya Politik kotor dengan menyalahgunakan kuasa dengan mempergunakan SPR dalam pilihan raya. Namun, jika seperti yang dituduh undi Pos adalah undi tipu atau undi paksa, mengapa PAS harus lagi menumpukan usaha mendapatkan undi pos tersebut.
PAS seringkali beretorik. SPR tidak telus la, UMNO menang undi hantu la, namun bila mereka menang semuanya betul dan ok. Inilah pilihan Rakyat, walhal mereka menang dengan cara yang jijik menyerang peribadi calon, mengamalkan budaya samseng dan menjanjikan syurga.  Itu adalah politik tidak matang!

Wahai tentera-tentera perwira Negara, usahlah dipermainkan oleh sentimen keagamaan oleh Parti PAS itu. Semuanya demi kuasa.
Sebelum-sebelum ni PAS tak kisah pun dengan Tentera, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitik beratkan usaha menjaga kebajikan dan keselesaan setiap Tentera dari masa ke semasa. Kehidupan setiap warga ATM semakin hari semakin baik dan pelbagai insentif serta kemudahan dinikmati.
Awas taktik kotor PAS!!!

Awas Politik Kotor Pakatan Rakyat





PAS Negeri Sembilan bersama Keadilan Rakyat dan DAP bersiap sedia melancarkan serangan peribadi terhadap siapa jua calon pilihan UMNO.

Antara langkah awal adalah dengan cuba mengenengahkan isu kem-kem dalam UMNO Negeri Sembilan. Kononnya Menteri Besar tidak sehaluan dan yakin dengan Tan Sri Isa Samad dan jika Tan Sri Isa yang dipilih dan menang, adakah Tan Sri Isa hanya akan menjadi ADUN sahaja. PAS cuba menarik Dato Ishak Ketua UMNO Bahagian Seremban untuk terlibat sama dalam isu ini. 

Pembangkang cuba menimbulkan perasaan prejudis antara Menteri Besar YAB Dato Seri Mohamad Hasan dengan Tan Sri Isa Abdul Samad dan para penyokong mereka. Ini bertujuan untuk melemahkan jentera kempen Barisan Nasional semasa pilihan raya nanti.

Sumber dalaman PAS N9 juga menyatakan bahawa PAS Negeri Sembilan mengakui kekuatan UMNO di Bagan Pinang dan pengaruh Tan Sri Isa yang masih kuat di kawasan itu.

Maka jentera pilihan Raya Pas sudah menyediakan pasukan gerak saraf mereka untuk menyerang peribadi Tan Sri Isa ataupun beberapa nama calon BN yang sedang diperkatakan ketika ini. Mereka sedang mengumpul maklumat, dan jika Tan Sri Isa yang dipilih, maka antara isu utama yang akan dibangkitkan adalah isu Politik wang semasa Tan Sri Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dahulu serta beberapa isu lama yang lain ketika Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu. Jika saudara Najib yang dipilih, isu nepotisme pula akan dibangkitkan, Tan Sri Isa menaikkan anak beliau sendiri.

Sumber dalaman PAS itu juga mengakui bahawa isu-isu tempatan adalah kurang untuk diketengahkan kerana pembangunan sememangnya banyak dan berada dalam keadaan baik di situ, jadi mereka hanya mempunyai modal dengan menyerang peribadi calon BN supaya para pengundi merasa marah dan benci pada calon BN tersebut dari awal kempen sekaligus memberi undi pada PAS.

Apa yang menariknya, orang-orang kuat PAS itu juga mengakui bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mengagumi Tan Sri Isa dan mengakui kehebatanya selama menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu.
Awas perangkap dan taktik kotor mereka.

Selasa, 8 September 2009

KESIAN PAS TIADA CALON!!!,



Di dalam kesibukan Parti PAS yang sentiasa suka berceramah dan menghentam peribadi pemimpin UMNO, rupa-rupanya mereka terlupa untuk menyediakan calon yang berkelayakan dan mencukupi untuk menandingi UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum(PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil(PRK).



UMNO sudah sinonim di hati rakyat Negeri Sembilan. PAS yang entah dari mana muncul dan tiada berjasa kepada pembangunan dan kesejahteraan Negeri Sembilan seringkali cuba menangguk di air yang keroh menumpang usaha murni Kerajaan Barisan Nasional didalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Segala nikmat pembangunan dinikmati secara bersama, namun kesilapan dan kekurangan yang ada pada usaha kerajaan sering kali menjadi modal mereka menjadi hero kepada rakyat.

Tidak seperti PRK sebelum ini, Kerusi N31 DUN  Bagan Pinang menyaksikan PAS bermandi peluh dan menjadi runsing memikirkan nasib mereka untuk mencari calon. PAS tiada calon berkaliber di Negeri Sembilan. Itulah hakikatnya.

PAS tidak pernah serius mahu memimpin Negara. Setiap kali PRU mahupun PRK, mereka cuma mahu mencuba nasib dengan menabur janji manis dan palsu kepada rakyat. Agama Islam menjadi modal mereka.

Kini  PAS tersepit, siapa harus mereka pilih di N31 Bagan Pinang?
Khabar angin dari orang-orang PAS menyatakan,  PAS cuba menonjolkan calon berlatar belakang Tentera, maklumkah DUN Bagan Pinang mempunyai undi Pos yang sangat besar,  hampir 1/3 dari jumlah pengundi disitu iaitu seramai 14000 orang. 
Antara calon yang ingin diketengahkan adalah seperti Brigadier Jeneral (B) Dato’ Zakaria bin Hj Dahlan bekas calon PAS dalam PRU ke 12 bagi kerusi  DUN Chembong  dan juga  veteran tentera yang telah sekian lama menyertai PAS ialah Lt. Kolonel (B) Hj Malakan bin Kamarudin. Namun, jika calun dari Pas ialah Dr Rosli Yaakob tetapi bersediakah beliau balik dari Bangladesh menghadapi UMNO.

Walaupun Pas ada ramai bekas tentera yang agak berpangkat juga , tetapi agak berusia , tak manis menjadi calun. Nampak sangat tiada orang dah nak ambil. Kalau menang cepat mati ada lagi PRK lain kali.

Kepada pengundi di N31 Bagan Pinang, jangan sia-siakan masa depan anda dengan memberi undi kepada orang yang tidak layak dan berkebolehan memimpin. Undilah Calon terbaik yang semestinya dari Parti Barisan Nasional.

Misi Kemenangan BN di Kerusi N31 DUN Bagan Pinang



UMNO Negeri Sembilan mahu memastikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dimenangi semula oleh Barisan Nasional (BN) sekali gus menjadikan ia titik permulaan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, UMNO akan menggerakkan semua jentera parti di lapan peti undi yang terdapat dalam DUN Bagan Pinang dan kesemua lapan bahagian telah diminta menjadikan setiap peti undi itu sebagai anak angkat mereka. ''UMNO Bahagian Teluk Kemang sudah pun memulakan gerak kerja dan ia diketuai oleh Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. Beliau adalah pemimpin berpengalaman dan banyak kali mengetuai pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.



''Jumlah pengundi di DUN Bagan Pinang ialah 14,000 orang dan ketika ini tidak banyak perubahan pada daftar pengundi,'.

Mohamad menjelaskan, soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang itu diserahkan kepada kepimpinan BN Teluk Kemang yang diketuai oleh Mohd. Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang.

''Kita mahu calon yang boleh diterima semua orang, yang dapat mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ini dan yang penting calon itu hendaklah mendapat sokongan padu jentera BN, khususnya UMNO di Bahagian Teluk Kemang," tegas beliau.

Mengenai isu yang akan dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang, Mohamad memberitahu, isu tempatan tidak banyak kerana semua kawasan itu sudah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.

''Kita memang menjangkakan beberapa isu yang akan dibawa oleh pembangkang kerana itu memang cara mereka. Kita akan tangkis dan terangkan kepada orang ramai dasar sebenar yang dibuat oleh kerajaan BN," ujar beliau.

Dalam pada itu, katanya, keputusan lapan pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu yang kebanyakannya berpihak kepada pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan imej BN kerana enam daripadanya adalah kerusi yang memang dipertahankan pakatan pembangkang.

Menurutnya, BN hanya kalah di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan berjaya mempertahankan kerusi DUN Batang Air.

Majlis Berbuka Puasa


8 September 2009

Majlis berbuka puasa AJK Sayap Pergerakan PEMUDA,WANITA dan Puteri UMNO Bahagian seluruh Negeri Sembilan bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama' Hj Mohamad Bin Hasan bertempat di kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.


14 September 2009

Majlis berbuka puasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah bersama Pemuda UMNO Gachong di Masjid Kariah Kampung Gachong Kuala Pilah. Sahabat ahli Pemuda UMNO, Muslimin & Muslimat di jemput hadir bersama.

Jumaat, 4 September 2009

ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia


Al-Fatihah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pukul 2.30 petang ini tadi. Allahyarham ADUN Bagan Pinang ini menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.30 petang tadi di KPJ Seremban pada usia 55 tahun.

Allahyarham kembali ke rahmatullah disebabkan serangan jantung. Dimaklumkan bahawa Allahyarham memang telah lama mengidap sakit jantung dan pernah menjalani pembedahan sebelum ini. Pemuda UMNO Kuala Pilah mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd Noor. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan insan yang dirahmati Allah.

Khamis, 3 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR, YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN BERTEMPAT DI MASJID SAIDINA ALI KARIAH BATU 46 SENALING KUALA PILAH PADA MALAM INI. Muslimin muslimat di jemput hadir bersama.