Sabtu, 19 Disember 2009

Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah





Salam Maal Hijrah 1431 dan Salam 1 Malaysia

Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang bermula hari ini 19hb dan berakhir esok hari iaitu 20hb.

Sebanyak 24 pasukan dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Pilah telah mengesahkan penyertaan dan akan berentap bagi merebut kejuaraan pertandingan ini yang membawa hadiah wang tunai RM1000 kepada pasukan yang muncul juara.

Orang ramai khususnya warga Kuala Pilah adalah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan selama dua hari ini yang berlangsung di kompleks Rakan Muda Melang Kuala Pilah.

1 ulasan:

gotahlantun berkata...

aku kalau dapat turun 1k tu aku yang punya..ha ha