Khamis, 7 Januari 2010

Hebahan - Perhimpunan Bantahan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah SWT oleh Herald Tribune dan Gereja Katholic

Salam Perjuangan.

Sahabat-Sahabat serta seluruh warga Islam di Negeri Sembilan khususnya, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan bersama PERKASA dan beberapa NGO lain akan mengadakan perhimpunan membantah penggunaan kalimah ALLAH SWT oleh Herald Tribune dan Gereja Katholic pada hari esok iaitu hari Jumaat, 08.01.10, selepas selesai Solat Jumaat di hadapan Masjid Negeri, Seremban.

Perhimpunan ini kemudiannya akan menghantar Memo Bantahan terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selaku Ketua Agama Negeri dan kepada YAB YDP Majlis Agama Islam Negeri (MAINS).

Diharapkan seluruh Muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Bandar Seremban khususnya dan seluruh Negeri Sembilan amnya dapat hadir bersama-sama dalam membuat bantahan ini bagi mempertahankan kesuciaan Agama Islam.

ALLAH hanya untuk ISLAM!!!

ALLLAHHUAKBAR!!!

DOA TUAN GURU HAMPIR TERMAKBUL



NASIB BAIK-Ini gambar kereta bekas MB Perak ,Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang terbalik empat tayar ke atas akibat kemalangan di Ipoh jam 9 pagi tadi. Nizar yang pandu sendiri kereta itu bagaimanapun bernasib baik hanya cedera ringan.