Rabu, 30 Disember 2009

Hebahan - Demonstrasi PR Negeri Sembilan

Salam hormat.

Makluman penting dari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah merancang untuk mengadakan satu demonstrasi di hadapan Bangunan UMNO Negeri Sembilan pada esok hari jam 10 pagi sebagai tindakan bantahan atau protes terhadap kerajaan Negeri Sembilan.

Ahli Pemuda dan penyokong kerajaan di minta turun hadir beramai-ramai dan berkumpul di sana pada esok hari sebagai menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sembilan (UMNO/BN) bagi mempertahankan agenda perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang kita dokong selama ini.

HIDUP MELAYU!HIDUP UMNO!
ALLAHUAKBAR!!!

Selasa, 29 Disember 2009

Nasihat Buat Pemuda UMNO

Afzainizam Abdullah: DS Najib Harus Pantau Segera Pemuda UMNO.........


Sekarang ini Sayap Pemuda UMNO yang dulu boleh di anggap sebagai pahlawan jaga pintu Istana kini kelihatan mcm Dayang menjaga dapur pulak.

Longlai lesu dan seolah-olah hilang arah tuju. Dari pressure group kini menjadi mcm Kelab elitis menjaga individu.Tersasar jauh dari fungsi yg harus di laksana kan oleh Sayap itu sendiri.

Atau ... mmg di rancang sebegitu kerana keinginan melumpuh kan sayap utk advantage kpd pihak lawan bila dtg PRU nanti?

Kalau tak di pantau nanti jadi mcm zaman Datuk Harun pulak, party within a party. Pengikut menjadi pengikut kpd icon dan bukan kpd matlamat asal parti.

Dan kalau lambat pantau nanti ketua nya boleh menguna kan sayap itu untuk tujuan kepentingan peribadi instead of kepentingan parti.

Saya sgt kuathir sejak kebelakangan ini Sayap Pemuda macam mendapati kesukaran mengumpul ahli untuk apa-apa tujuan. Ahli macam "boikot" atau mengasing kan diri dari "current" Pemuda administration. Divisive.

Bayangkan kalau ada "big event" yg memerlukan kekuatan Pemuda lalu ahli yg bukan dari kalangan elite ini enggan turun padang, tidak kah ia nya memburukan kan UMNO? Pihak lawan akan tidak lagi cuak kpd UMNO kerana pemuda nya "non existence".

Apakah Pemuda UMNO kini hanya sibuk membuat urusan bagaimana nak menteri kan kepala nya? Tidak kah ada pelancaran hebat atau besar-besaran utk UMNO mcm tarik ahli baru UMNO atau kempen memaksa org melayu mendaftar jadi pengundi kerana ikut kajian hampir 700,000 melayu layak masih belum mendaftar.Sibuk dan bising kat kedai kopi saje. Tak ke rugi melayu? Org cacat dan gila pun dari kaum cina akan di seret untuk mengundi, melayu tidak pula peka sebegitu. Tanah yg di pijak hampir di kuasai oleh bangsa lain.

Pemuda patut buat kerja amal mcm tu bukan plan utk naik kan ketua atau jatuh kan si anu gang botak si anu gang jawa, Tu bukan kerja Pemuda. Patut la pemuda melayu sisih parti ini. Ia mcm asing bagi mereka. Ketua nya dari keluarga kaya kaya mcm mana nak dekat dgn mat rempit suruh daftar ke, mat peleser ke.

Jika DS Najib tak pantau pasti bila election nanti mereka boleh buat demand sebab ahli mereka sudah tidak lagi pikir ttg nasib UMNO selain nasib ketua mereka.

Saya tahu DS Najib menunggu next election dan mendapat mandat sendiri baru DS Najib akan "shift gear". Real najib will show itself after getting his one mandate kata sorang kawan pemerhati. Malah ada tangkapan org-org tertentu yg ketika ini di biar kan membuat onar.

Tapi apa pun saya syor kan tentang Pemuda UMNO ini DS Najib must take action now.Ia nya tak berfungsi , lost in its direction , and above all upholding to save its leaders as top priorities rather than to save UMNO.

Now before its too late. DS Najib.........

Sabtu, 19 Disember 2009

Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah





Salam Maal Hijrah 1431 dan Salam 1 Malaysia

Biro Sukan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang bermula hari ini 19hb dan berakhir esok hari iaitu 20hb.

Sebanyak 24 pasukan dari seluruh kawasan Parlimen Kuala Pilah telah mengesahkan penyertaan dan akan berentap bagi merebut kejuaraan pertandingan ini yang membawa hadiah wang tunai RM1000 kepada pasukan yang muncul juara.

Orang ramai khususnya warga Kuala Pilah adalah dijemput hadir bagi menyaksikan pertandingan selama dua hari ini yang berlangsung di kompleks Rakan Muda Melang Kuala Pilah.

Khamis, 17 Disember 2009

Program Sambutan Maal Hijrah

Hebahan

1 - Majlis bacaan doa akhir dan awal tahun Hijrah pada 17hb Disember (Khamis) jam 6.30 petang bertempat di Masjid Negeri, Seremban.

2 - Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada 18hb Disember (jumaat) jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban(MPS). Pakaian Kebangsaan.

Maklumat lanjut sila hubungi SUK Pemuda - 06-4841533