Jumaat, 2 Januari 2009

PARTI KEADILAN BERGOLAK LAGI

Sering kali yang didengari dari mulut pemimpin Parti Keadilan Rakyat atau Pakatan Rakyat ialah UMNO tidak lagi relevan, UMNO bersifat pembuli, UMNO mengamalkan kronisme, dan macam-macam lagi.

Namun yang menariknya, sejak Parti Keadilan Didaftarkan, rasanya lebih ramai nama tokoh besar dalam parti itu yang meningalkan parti berbanding nama tokoh besar dari parti politik lain yang masuk ke parti itu. Kenapa dan mengapa jadi begini? Anwar Ibrahim tidak pandai jaga orang bawah sendiri? Ke Pemimpin Keadilan pun ada hidden agenda masing-masing.


Kenapa Anwar sendiri tidak mendaftar jadi ahli Parti Keadilan dan jadi Presiden Parti Keadilan itu sendiri? Bukankah dalam Islam itu sendiri telah meletakkan lelaki sebagai pemimpin. Kenapa isterinya harus terus menjadi Presiden Parti?

Terbaru, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Selangor berkuat kuasa serta merta hari ini.

Persoalan yang menarik, nampaknya Parti yang berasaskan Perkauman lebih relevan disini. Umum mengetahui bahawa selama lebih 50 tahun Negara Merdeka, hanya MIC parti tunggal orang India di dalam BN parti yang memerintah negara Malaysia dan MIC yang telah banyak mengurus, menyelesaikan, serta membangunkan orang-orang India di Malaysia ini hingga adanya Jutawan Berbangsa India dalam senarai 3 individu terkaya di Malaysia ini.

Adakah PKR hanya memperjuangkan Melayu sahaja? Rasanya tidak juga kerana apa yang PKR buat untuk orang Melayu selama ini? Tidak jelas dan tidak dirasai pun! Bukankah hari itu kalau tidak dibantah habis-habisan, PKR dah bagi orang Cina jadi Pengurus Besar PKNS di Selangor yang mana selama ini orang Melayu sahaja yang memegang jawatan tersebut ketika BN memerintah.

PKR berjuang untuk siapa sebenarnya? Untuk Anwar Ibrahim jadi PM sahaja ke!

Manikavasagam berkata, keputusan itu diambil ekoran kerajaan negeri yang kini diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menilai pandangan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, beliau kesal dengan sesetengah pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memerintah Selangor bersama DAP dan Pas, telah mungkir janji selepas dipilih sebagai wakil rakyat dan gagal menjaga kepentingan rakyat.
"PKR ditubuhkan untuk berjuang demi ketiga-tiga kaum di negara ini. Tetapi tindakan Khalid Ibrahim dalam beberapa perkara mengakibatkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Sebagai contoh, 95 peratus kaum India tinggal di Parlimen Kapar tetapi Tan Sri Khalid telah memilih seorang wakil Melayu sebagai Ketua Kampung di kawasan tersebut tanpa menilai pandangan kami,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya yang bertarikh hari ini kepada Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor manakala salinannya dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam pada itu, beliau juga mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan lebih 50 pemimpin India PKR peringkat nasional mengenai beberapa isu termasuk status dalam parti itu.
Pandai-pandailah PKR jaga pemimpin dan ahli ye. Ramai yang lari nanti Anwar Ibrahim susah. Jangan tengok dan tuduh UMNO sahaja. Memimpin ini bukan suatu tugas atau kerja yang mudah, selama ini pembangkang hanya tahu mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan sahaja, hari ini dah dapat kuasa buatlah macam mana yang telah dijanjikan. Jangan hanya pandai buat janji sahaja!

Tiada ulasan: