Rabu, 9 September 2009

Awas Politik Kotor Pakatan Rakyat





PAS Negeri Sembilan bersama Keadilan Rakyat dan DAP bersiap sedia melancarkan serangan peribadi terhadap siapa jua calon pilihan UMNO.

Antara langkah awal adalah dengan cuba mengenengahkan isu kem-kem dalam UMNO Negeri Sembilan. Kononnya Menteri Besar tidak sehaluan dan yakin dengan Tan Sri Isa Samad dan jika Tan Sri Isa yang dipilih dan menang, adakah Tan Sri Isa hanya akan menjadi ADUN sahaja. PAS cuba menarik Dato Ishak Ketua UMNO Bahagian Seremban untuk terlibat sama dalam isu ini. 

Pembangkang cuba menimbulkan perasaan prejudis antara Menteri Besar YAB Dato Seri Mohamad Hasan dengan Tan Sri Isa Abdul Samad dan para penyokong mereka. Ini bertujuan untuk melemahkan jentera kempen Barisan Nasional semasa pilihan raya nanti.

Sumber dalaman PAS N9 juga menyatakan bahawa PAS Negeri Sembilan mengakui kekuatan UMNO di Bagan Pinang dan pengaruh Tan Sri Isa yang masih kuat di kawasan itu.

Maka jentera pilihan Raya Pas sudah menyediakan pasukan gerak saraf mereka untuk menyerang peribadi Tan Sri Isa ataupun beberapa nama calon BN yang sedang diperkatakan ketika ini. Mereka sedang mengumpul maklumat, dan jika Tan Sri Isa yang dipilih, maka antara isu utama yang akan dibangkitkan adalah isu Politik wang semasa Tan Sri Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dahulu serta beberapa isu lama yang lain ketika Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu. Jika saudara Najib yang dipilih, isu nepotisme pula akan dibangkitkan, Tan Sri Isa menaikkan anak beliau sendiri.

Sumber dalaman PAS itu juga mengakui bahawa isu-isu tempatan adalah kurang untuk diketengahkan kerana pembangunan sememangnya banyak dan berada dalam keadaan baik di situ, jadi mereka hanya mempunyai modal dengan menyerang peribadi calon BN supaya para pengundi merasa marah dan benci pada calon BN tersebut dari awal kempen sekaligus memberi undi pada PAS.

Apa yang menariknya, orang-orang kuat PAS itu juga mengakui bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mengagumi Tan Sri Isa dan mengakui kehebatanya selama menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu.
Awas perangkap dan taktik kotor mereka.

Tiada ulasan: