Rabu, 21 Januari 2009

HIKMAH DISEBALIK KEKALAHAN UMNO DAN BN

Putera UMNO Kuala Pilah mengucapkan Tahniah kepada calon dan Parti PAS kerana telah memenangi Kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.
Jika di Permatang Pauh alasan kubu Kuat Brother Anwar Bin Ibrahim, Kuala Terengganu terus menyaksikan tewasnya BN dengan pelbagai tanda persoalan sedangkan Kerusi itu milik BN sebelum ini.
Siapa yang patut di persalahkan? Adakah dengan terus menuding jari, masalah akan selesai hingga masa berlalu dan UMNO serta BN semakin lemah dan tidak lagi berada di hati para pengundi!
Putera UMNO lebih berminat dengan faktor pengundi Muda yang semakin ramai menjauhkan diri dari UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO terutama di dalam PEMUDA UMNO itu sendiri sibuk beretorik hingga lupa untuk bekerja dan melaksanakan strategi memenangi hati golongan muda terutama dalam lingkungan umur 18-32 tahun.
Ramai yang mengakui bahawa undi golongan muda penentu kejayaan sesebuah parti politik ataupun calon dalam mana-mana pilihan raya, namun tiada usaha konkrit di buat oleh pemimpin-pemimpin UMNO termasuk tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia hingga ke hari ini bagi menarik semula golongan pengundi muda kepada UMNO.
Adakah cukup dengan hanya menganjurkan pertandingan Bola Sepak, Futsal, Konvoi Bermotor ataupun kursus sudah memadai untuk menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO?
Mengapa golongan Muda begitu ramai yang teruja dengan pembangkang terutamanya kepada Brother Anwar Bin Ibrahim? Persoalan Brother ini seorang penipu atau apa-apa sekalipun tidak penting. Rakyat berhak mengundi mengikut kehendak mereka. Kita tidak boleh menghalang, tetapi boleh bersaing dan berlawan.
Lumrah bahawa orang muda berjiwa besar, berdarah panas, suka memberontak, suka membangkang. Sifat-sifat ini di tonjolkan oleh siapa? Pelbagai janji di tabur bagi menguatkan sokongan keatas dirinya.
Maka, apa yang pemimpin Pemuda UMNO lakukan? Perang psikologi dan strategi Pakatan Rakyat semakin menjadi dan meresap ke dalam sanubari penyokong mereka dan pengundi atas pagar iaitu UMNO dan BN harus ditolak dan di benci.
Atas faktor apa? Antaranya sudah pasti rasuah, kronisme, salah guna kuasa, dan pelbagai lagi. Siapa yang nak bersihkan nama UMNO dan BN ini?
Setiap kali Presiden, Timbalan Presiden mahupun mana-mana pemimpin tertinggi UMNO berucap, mereka jarang sekali cuba memperbetulkan imej parti kepada rakyat. Yang akan disebut, ialah soal pembangunan. Adakah dengan agenda pembangunan, rakyat akan terus memberi sokongan? Rakyat menganggap pembangunan itu tanggungjawab pemerintah dan siapa-siapa pun boleh laksanakan. Menagapa harus tunggu Pilihan Raya kecil ataupun Pilihan Raya UMUM barulah berduyun-duyun peruntukan dan projek mengalir ke setiap kawasan!
Pemimpin UMNO di peringkat Pusat, Negeri mahupun Bahagian haruslah benar-benar berani, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab memimpin demi Islam, Melayu dan tanah air.
Krisis Persepsi negatif rakyat terhadap UMNO dan BN wajib di tangani segera dan kekal selamanya. Pemimpin Tertinggi UMNO harus bangun dari tidur dan keluar dari zon selesa. Hakikatnya UMNO semakin lemah. Jangan terus berdolak dalik. Pemimpin cawangan mahupun ahli biasa sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya pemimpin Tertinggi UMNO mampu menyelesaikan dan mengatasi segalanya. Inilah kenyataan. Yang hitam dan pahit itu harus diterima. Bukan puji-pujian yang dicari.
Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu lagi hanya nak jaga Barisan Jawatankuasa Peringkat Cawangan mahupun Bahagian. Semua ahli dan rakayat harus dijaga, dibela dan di bantu tanpa pilih kasih atau faktor tertentu.
Masa masih banyak, janganlah tunggu di saat akhir. Apa gunanya ada jawatan tetapi organisasi dipimpin lemah dan tidak berkuasa lagi.

6 ulasan:

ROSHATIKA berkata...

salam,

mohon copy gambar-gambar di sidebar untuk www.umnobaganpinang.blogspot.com

t. kasih

Tanpa Nama berkata...

taburkan fitnah laggi kepada PAS, ADIL, katakan lagi PAS jadi tungagan DAP, katakan lagi DAP menjuburi ADIL katakan sepanjang masa, jangan tinggal walau sesaatpun. teruskan perjuangan muuuu, teruskannnn sampai umno dan bn ruyuppppp

PR Juasseh/Jemapoh berkata...

Salam Persaudaraan Acu Bujeng.....

Agak sekian lama menunggu YB menyerlahkan diri yg sebenar-sebenarnya. Sejak ujudnya blog YB ini, kami hampir tidak percaya, luahan dan pandangan tersebut lahir dari hati dan jiwa YB sendiri. Seolah-olah YB terpaksa mengikuti rentak pemimpin UMNO yg lain. YB dah hampir menjadi tiong dan kakak tua, meniru dan senada dgn pimpinan tertinggi UMNO, walau kami cukup maklum, ACU BUJENG bukanlah begitu. Maaf... nama gelaran ini di terbitkan. Bagi kami, nama ini adalah nama manja dan nama untuhnya persaudaraan kita. Cuma kami wajib menegur, agar YB tidak tersasar dgn perangkap UMNO (BARU) yg semakin meroyan dan rakus dgn fitnah terlampau. Retorik dgn gula-gula dan di sebaliknya mempergunakan UMNO mengaut laba hasil negara di atas kesangsaraan airmata rakyat yg terlalu takut dgn ugutan. Pemimpin-pemimpin UMNO mencipta kabilah dgn agenda peribadi masing-masing. Berantakan setiap masa dan samakin bergegar bila sampai waktunya menjelang pemilihan UMNO.
Mencipta adu domba, cubaan jatuh menjatuh antara sahabat dan sahabat. Yg penting terpilih. Bertaburan sogokan kepada perwakilan dari peringkat cawangan dan lebih hebat jutaan bila menjelang peringkat pusat. Ini kah perjuangan politik?

YB mungkin sedar, hari ini YB di kelilingi oleh juak=juak pemuda yg telah hilang roh perjuangan. Hanya yg tinggal budaya melekap dgn wakil rakyat menjadi pencacai dgn harapan di sedekahkan gula-gula projek. Selagi YB masih wakil rakyat, begitulah rentak lumrahnya. UMNO akan memandang sepi kiranya YB tidak lagi wakil rakyat umpama bidalan "Pokok tumbang, kura-kura pun manjek"

Pandangan ini beri juga..kerana kasihnya kami atas dasar persahabatan dan persaudaraan. Kita besama2 waktu zaman kanak-kanak, dari SDAR hingga ke peringkat Universiti. Dan sebahagian sahabat-sahabat yg melayari blog YB sebelum ini, terasa hati dan sedih. Cubaan menjadi tiong dan kak tua dgn menyingkap selimut orang tetapi tak sedar seluar sendiri yg terlondeh. kerana itu bukan lah luahan yg timbul dari sudut hati ACU BUJENG.

AMI, HAQ, WAN (Pendawa), UDAN terlalu kenal keperbadian YB yg terdidik dari keluarga terhormat dan cukup berhemah.

Kalau ini lah (Terbitan Ulasan yg mutakhir PRK KT) yg keluar dari sudut hati YB, maka bererti YB telah mula berani dari kepompong UMNO yg jumut dan sesungguhnya
perjuangan POLITIK dalm wadah parti UMNO ini bukan lagi sesuai untuk YB ACU BUJENG.
UMNO sudah rosak dan semakin di panjat anai-anai menunggu runtuh hari demi hari. Intelektual yg pelbagai bidang kepakaran sudah mula berhijrah dan berkumpul membina satu wadah PAKATAN RAKYAT memberi khidmat masyarakat dgn sebaik dan sejujur mungkin, walau di asak dgn berbagai tomahan fitnah dari UMNO BN. Rakyat wajib di bebaskan dari kebelenguan fobia dan kejumutan yg sekian lama.

Selain daripada dasar, undang-undang, tindakan dan kenyataan pelik-pelik dibuat pemimpin dan kerajaan Umno-BN dalam masa lima tahun kebelakangan ini, paling pelik ialah apabila parti itu menggunakan pendekatan amat kuno sebagai memulakan kempen pilihan raya pertama bagi 2009.

Sebagaimana biasa, Umno-BN akan membuka gelanggang dengan ungkapan lazim 'bahawa pembangkang tidak mempunyai isu'.

Apabila pertandingan menjadi semakin hangat dan sebagaimana yang dapat diduga rakyat Malaysia, Umno-BN akan membangga-banggakan kejayaan masa lalu seolah-olah zaman tidak berubah dan masa berdiri kaku dengan segala apa yang dibuat oleh parti tersebut.

Jika senjata ini dirasakan tidak begitu berkesan untuk menumbangkan lawan, maka akan ada seorang berkuasa dalam parti dan kerajaan yang mengambil peranan selaku 'master of the game'.

Orang ini lazimnya akan meluluskan pelbagai projek dengan serta merta, tanpa kelulusan kabinet dan tanpa kelulusan Parlimen.

Selain itu pelbagai janji dibuat sekiranya pengundi memilih mereka seolah-olah pilihan raya untuk memilih seseorang untuk mewakili rakyat satu tit for tat.

Jika cara ini dirasakan tidak akan membuahkan hasil, masih ada cara lain yang digunakan untuk menang. Walaupun semakin ramai rakyat yang sudah menyedari cara terakhir ini, namun itu adalah cerita lain yang terkeluar dari skop perbincangan.

Nampaknya setelah berpengalaman menyertai 12+1 pilihan raya umum dan berpuluh-puluh pilihan raya kecil, pemikir politik/pilihan raya dan penyusun strategi Umno-BN gagal mencipta resepi baru tentang cara menghadapi pilihan raya dalam era moden.

Adalah pelik apabila kita memikirkan segala cerdik pandai dalam Umno, termasuk para profesor, perancang media dan bahkan perunding masih mendewa-dewakan taktik "pembangkang tiada isu, Umno-BN sudah buat itu dan ini untuk rakyat, dan kerajaan meluluskan itu dan ini dengan serta merta dan berjanji untuk buat macam-macam lagi", walaupun ia ibarat barangan yang tarikh penggunaannya sudah lama luput.

Apabila kita menggunakan barang yang sudah basi dan rosak, maka terimalah akibatnya.

Dari serendah-rendah pemimpin

Andai kata Umno-BN menang di Kuala Terengganu 17 Januari lalu, sudah tentu golongan think-tank mereka akan berbangga: "See what I've told you."

Dan sudah tentu para pemimpin Umno-BN dari setinggi-tinggi pemimpin di peringkat Persekutuan sehingga serendah-rendah pemimpin di peringkat negeri akan melafazkan dialog skrip klasik mereka, "Kemenangan BN membuktikan betapa rakyat terus yakin kepada BN ..." atau ayat lain sewaktu dengannya.

Namun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, pemimpin BN akan terus bermimpi bilakah lagi mereka dapat melafazkan dialog serupa itu.

Perkara logik selanjutnya bagi Umno-BN adalah untuk melakukan postmortem - setidak-tidaknya sebagaimana yang dikatakan oleh pemimpin mereka.

Di Bahrain, sehari selepas pilihan raya di Kuala Terengganu, Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN merangkap Presiden Umno yang tidak akan hilang waktu tidurnya lagi kerana memikirkan prestasi Umno-BN di masa mendatang sudahpun memulakan ayat hikmat parti tersebut: "Kita akan menunggu keputusan bedah siasat ekoran kekalahan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu."

Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad pula, kekalahan BN bukan berpunca dari Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak: "Sebahagian daripada sebab kekalahan ini ialah kerana pengundi tidak suka kepada calon ... Pengundi terpaksa membuat pilihan antara calon BN serta PAS dan akhirnya memilih PAS walaupun Umno telah mempergunakan segala kekuatan termasuk sumber aset kerajaan Pusat (Polis,SPR,JPN,media)

Namun faktor calon ini awal-awal lagi disangkal oleh Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Sekiranya inilah antara ciri-ciri bedah-siasat yang bakal dibuat parti tersebut (jika ia benar-benar dibuat walaupun umum dan mungkin ahli Umno sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang melakukan segala analisis dan bedah siasat ini), maka hal itu bukanlah sesuatu yang baru.

Bedah-siasat untuk siapa

Tidak mustahil hasil bedah siasat itu kelak akan senada dengan berita akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mengatakan peluang BN untuk menang di Kuala Terengganu cerah. Maka tidak hairanlah sekiranya Umno-BN sentiasa tidak dapat menggunakan hasil bedah-siasat yang dibuat itu untuk memperbetulkan prestasinya.

Selepas prestasi buruk Umno-BN dalam pilihan raya umum Mac lalu, antara rumusan bedah-siasat awal ialah bahawa pemimpin dan calon Umno-BN sombong terhadap rakyat. Jika pemimpin BN mengambil rumusan ini secara serius, sudah tentu mereka tidak akan memilih calon yang mana mudah dilakukan character assasination kepadanya.

Akhirnya, apapun analisis dan rumusan bedah-siasatnya, sesuatu adalah pasti - bahawa rakyat Malaysia sebenarnya sudah menolak Umno-BN dan melihat PAS dan gabungan Pakatan Rakyat sebagai satu alternatif yang lebih segar.

Zaman sudah berubah. PAS hari ini tidak sama seperti PAS yang dilihat oleh rakyat pada satu ketika dulu. Begitu juga dengan DAP yang tidak lagi dilihat oleh orang Melayu sebagai sebuah parti yang chauvinistic.

Disebabkan hanyut dengan kuasa dan kemenangan masa lalu, pemimpin Umno-BN semakin hilang genggaman dan sentuhan dengan realiti politik masa kini.

Apa yang berlaku di Kuala Terengganu adalah ibarat Teori Domino untuk parti tersebut. Satu demi satu jubinnya tumbang. Yang lain hanya menanti saatnya. Terkini jubin UMNO di Dun BOTA melangkah lompa dan menaik tangga Pakatan Rakyat. Kami di Kuala Pilah sentiasa menunggu tindakan berani dgn jiwa pejuang YB, mengorak langkah membina kekuatan bersama-sama kami memertabatkan semula Kuala Pilah.

Usang-usang di perbaharui
Yg lapok di ganti
Yg koyak di tampa
Yg panjang di korek
Yg pendek di sambung

Bulat air kek pomotong
Bulat kato kek mopokat.

Sudah sampai masanya Umno-BN menyimpan sahaja gula-gulanya ke dalam balang sejarah.

YB ACU BUJENG.... Mohon terbitkan ulusan ini kiranya ada prinsip dan keberanian YB. Wasalam @@ Bro LUV @@

Abang Ily berkata...

Tahniah kerana naik mencanak dalam persada politik Kuala Pilah. Secara peribadi saya tafsirkan, mungkin ini adalah manifestasi keyakinan kalangan UMNO pastinya atas ketrampilan dan krasmatik YB yang sangat akrab dengan mesyarakat Kuala Pilah yang lembut dan hormat.

Tahniah juga atas lay out blog ini yang menarik. Cuma maaf kalau tulisan ini agak peribadi dan ditujukan kepada saudara Ketua sedang blog ini adalah medium rasmi pergerakan pemuda UMNO bahagian.

Kesempatan ini sangat terbatas tapi cukup kalau sekiranya ulasan YB atas kekalahan UMNO di P036 dijadikan iktibar. YB spot on dalam masalah UMNO masa kini... Ini sangat berbeza dengan ulasan sebelum PRK. Tambah dukacita lagi bila YB melahirkan simpati yang amat atas penderitaan Palestin,walhal umum tahu bagaimana wakil Hamas merajuk dilayan seperti sampah sewaktu persidangan NAM tempohari oleh Pengerusi NAM + OIC sewaktu itu. Wakil Fatah yang kalah pulak diangkat jurucakap Palestin. Perlu diingat pilihanraya wilayah autonomi Palestin itu paling adil dengan dikawal selia oleh AS dan PBB. Bukan seperti di P036 dengan projek segera ratusan juta. Cuma mungkin tak se selamat P036 dengan ribuan police force.TAHNIAH buat Recep Tayib Erdogan pemimpin negara sekular dan ribuan rakyat Turki yang menyambutnya pulang dari Devos.


Masalah UMNO yang kritikal ialah penggunaan media berat sebelah dan tersasar. Setiap serangan dan persepsi rakyat tak mampu ditangani dengan wajar. Sering olahan pemimpin UMNO tersasar dan tidak menjawab persoalan pokok. Hanya sesuai buat orang kampung yang tidak membaca dan berfikir. Setiap maklumat dihafal mereka bagai tiong dari pemimpin UMNO. Hasilnya rakyat jumud dan wakil rakyat jadi bank/finance/welfare bergerak. Sokong bawak rebah. Masalah coli hilang di satu kawasan perumahan di KP juga jadi masalah YB kalau si pengadu tak dinasihat supaya lapor kepada polis dan bukan YB kawasan. Seh tak tahu bagaimana kerenah pengundi di kawasan PR. Mungkin boleh beramah mesra sesama kalian lepas persidangan DUN. Kalau pemikiran rakyat sama, something is not right dengan cara kita bersiasah sekian lama.

Tolonglah UMNO, jawab hujah dengan fakta dan menyelidik isu ke akar umbinya. "Kalau tak dijolok takkan gugur nior". Isu seperti Tabung Azan hanya barang ketawa pengikut pro pembangkang. Nampak cantik dari luar tapi bila diselak akan terserlah wajah hodoh UMNO. Mungkin UMNO hanya mahu jadi parti orang kampung seperti diwar-warkan oleh Ghafar Baba lama dulu.

Berfikiran terbukalah...

Harapan seh supaya UMNO beristigfar banyak-banyak. Mana wajarnya isu Hudud dijadikan cangkir kopi buat disajikan di kopitiam-kopitiam Kampung Cina KT demi mendapatkan undi simpati. Bukankah itu isu pokok dan asasi sebagai orang Islam. Sangat malang kalau bagi YB dan orang islam yang lain sibuk berpolitik tetapi jauh terpesong dari yang ditunjuk Rasullulah. Apatah lagi kalau ada yang menjaja Hudud tida kena mengena dengan Islam dan bukan agenda Islam Hadhari. Ini semua untuk meraih undi. Seolah-olah tiada mauduk dosa pahala dalam UMNO. Tapi ada waktunya UMNO menjadi jaguh dan pedang Allah sebagaimana cacian terhadap blog yang menghina Rasullah. Ini hanya satu kes dalam banyak kes yang lain, kusut-masai nya pemikiran UMNO.Inilah relatifnya bagaiman gambar wakil calon UMNO tu relevan di P036(kalau nak tambah, gambar pemimpin wanita itu jugak). Imej ini sangatlah berbeza dengan penyandang jawatan yang sering memberi kuliah subuh di masjid terapung KT. Rasullah berpesan, pilihlah pemimpin dari kalangan orang yang paling bertakwa antara kamu. Itu mewajarkan ucapan tahniah YB kepada PAS di mukadimah ulasan YB mengenai kekalahan UMNO itu.

Kemana nak di bawa rakyat? kalau mendapat redha Allah itu bukan lagi agenda UMNO. Wajarlah UMNO hanya parti kabilah berbangga dengan indahnya dan banyaknya masjid. Retorik itu ada dimana-mana bahkan di negara bukan Islam. Kita sepatutnya bersatu dalam isu dan kepentingan bersama iaitu Islam.

Sesungguhnya, seh memahami politik Kuala Pilah harus selamanya bukan politik konfrontasi. Tapi politik tegur sapa dan terbuka bagi setiap khalayak. Inilah politik baru yang menjunjung suara rakyat suara keramat.

Tahniah juga kepada ayahanda Bro LUV yang melahirkan isi hati dan teguran ikhlas anak beranak pada keluarga besar Kuala Pilah.

Ini permulaan yang baik YB. Jalannya telah luas terbuka.Ihtilzam politik yang bagaimana sebelum diiktiraf pejuang?
Kuala Pilah bukan tak pernah ada pejuang dan pemberani. Ketua AWAS.
Shamsiah Fakeh meninggal dengan terhormat sebagai wanita yang berjuang kemerdekaan tanpa syarat dari British lama sebelum UMNO lahir. Doa seh supaya Allah bukakan pintu hati pemimpin UMNO. Moga hujah di atas pun termasuk dalam senarai semak YB atas hikmah kekalahan ini.

Kami hanya ada seorang wakil rakyat di DUN Pilah iaitu saudara. Banyak isu yang kita boleh cari titik persamaan. Cuma seh dapati sangat kurang di dalam blog ini.


Semenjak mendengar perkataan "sort" lama dulu sewaktu anak-anak. Seh tak pernah lagi bersetuju dengan politik aruah abah walau diri tetap merindui kehadirannya sehingga kini. Moga Allah ampunkan kekhilafannya.

Salam dari Pak Cik Sabu untuk bakal Ketua Pemuda NS....

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Pemuda jangan lemah semangat..
Ayuh bangun.. Berjuang bersama2 :-)






















p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu

Tanpa Nama berkata...

anak-anak muda kuala pilah ramai yang dah rosak.. baru belasan tahun dah ramai yang minum arak.
yb jengok-jengok sikit masalah sosial kat kuala pilah ni.

ari tu saya gi rest house kuala pilah... ramai juga anak melayu yang mabuk-mabuk kat situ.