Ahad, 4 Januari 2009

PEMUDA KUALA PILAH KE KUALA TERENGGANU

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah akan ke Kuala Terengganu seperti butiran di bawah:

Tarikh : 5hb Januari 2008

Hari : Isnin

Masa : 9.00 Malam

Penyertaan : 45 Orang

Tujuan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah ke Kuala Terengganu adalah tidak lain tidak bukan bagi melaksanakan amanah dan tanggungjawab bersama ahli UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang di jadualkan pada 17hb Januari ini nanti.

Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah akan ke Kuala Terengganu dengan menaiki sebuah Bas dan 2 buah kereta bergerak bersama dan akan berada di sana sehingga selesai hari pengundian nanti. Pemuda Kuala Pilah akan bertugas di kawasan yang ditetapkan secara bergilir-gilir di sana nanti.

Kempen Pemuda Kuala Pilah ini nanti akan di ketuai sendiri oleh Ketua Pergergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah iaitu YB Tuan Hj Adnan bin Abu Hasan dan di sertai oleh barisan Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, beberapa orang Ketua Pemuda Cawangan serta ahli Pemuda UMNO dalam Bahagian Kuala Pilah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan kalau 1 pemuda dapek tarik 1 pengundi pun dah dapek 45 pengundi.
Tp kalau nak tunjuk existence yo kek Perhubungan negeri tak payahlah...jgn sajo2 nak lawan bhg lain hantar 44 org kito hanta 45

Panglima Perang Cyber berkata...

salam ziarah, selamat berjuang !