Khamis, 1 Januari 2009

Strategi Musuh BN di Kuala Terengganu

MANA GAMBAR PENUH?

Inilah dia gambar yang cuba dipolitikan oleh musuh-musuh Barisan Nasional(BN) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang dijadulakan pada 17hb Januari ini nanti.
Proses penamaan calon oleh SPR belum pun berlaku, tetapi calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah menjadi mangsa percaturan politik musuh-musuh BN dengan mereka pelbagai cerita yang tidak baik dari gambar tersebut.
Apakah musuh-musuh BN sudah terdesak hingga mereka pelbagai cerita yang fitnah semata-mata. Maka orang pembangkang dengan mudahnya menerima bulat-bulat dan berkata itulah dia pemimpin UMNO dan BN tanpa menyelidiki sejauh mana kesahihan cerita tersebut.
PUTERA UMNO KUALA PILAH mengucapakan tahniah dan syabas kepada Datuk Wan Farid di atas keberanian dan kesungguhan beliau selaku calon BN dan PRK Kuala Terengganu ini untuk menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif yang boleh merosakkan imej beliau dan BN itu sendiri.
Datuk Wan Farid dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa, wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu.

“Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya,”.

Katanya, bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

“Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri.”

“Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di Internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya,” katanya.

Selain itu, SMS daripada nombor yang tidak dikenali berbentuk serangan peribadi juga mula tersebar di kalangan pengundi, namun apabila nombor berkenaan dihubungi, telefon berkenaan telah dimatikan.
Apakah hak peribadi seorang manusia untuk beriadah dan berhibur juga cuba dipolitikan oleh musuh-musuh BN! Tidak ada modal atau sudah semakin ketandusan isu menghadapai PRK Kuala Terengganu. Jangan lupa Anwar Ibrahim seorang yang suka menyanyi dan berhibur juga.

5 ulasan:

paneh berkata...

Tahniah di atas kewujudan blog ini. Sekurang2nya ada keseimbangan dengan blog pembangkang yang lebih banyak di Negeri Sembilan. Berkatalah benar walaupun pahit. Maju Melayu bermakna Majulah Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ha??? Bacaan apa kau pakai ? Maju melayu maju Islam? Baca laa Al-Qur'an itu betul-betul, itu laa kalau asyik Qur'an tu dinyanyikan sajo, tak faham maksud, lopeh tuh buek kenyataan mengarut!!

Unknown berkata...

Tahniah kemunculan blog begini boleh menangkis tohmahan dan fitnahan pembangkang yang ketandusan isu. Bersabarlah kita, hidup UMNO dan Islam. Takbir..Allahu Akbar.

http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com
http://umnobalikpulau.blogspot.com

Unknown berkata...

Tahniah kerana kemunculan blog begini dapat menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang selama ini. Hidup UMNO dan Islam,. takbir Allahu Akbar.

http://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com
http://umnobalikpulau.blogspot.com

Harimau-Menaip berkata...

Ontah mano cerito Kuala Pilah tah.