Isnin, 17 Ogos 2009

PILIHAN RAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR

SATU LAWAN SATU


Tahniah. Pada PRK kali ini UMNO di wakili seorang pemimpin muda Rohaizat Othman berhadapan dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man. Orang baru lawan orang lama. Senario hampir sama dengan Manek Urai. Baru lawan lama. Salleh Man telah beberapa kali bertanding tetapi tidak berjaya menjadi wakil rakyat. Mungkinkah beliau akan kalah lagi?

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menetapkan 17 Ogos(hari ini) sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.


Blog PAS menipu dengan menulis Pemimpin BN ramai tidak turun .
Pemimpin BN semua ada TPM, Dato Hisham,KJ,
Datuk Liow,Tan Sri Koh,Datuk Shahrizat,
Ketua Puteri, Datuk Tengku Adnan .
Mungkin puak2 PAS ini tak kenal kot sebab
tengok pemimpin BN pakai mask .haha

Dijangkakan PRK Permatang Pasir akan terus menjadi medan isu sensasi dan sensitive kedua-dua pihak yang bertanding. Pengundi Melayu akan jadi tumpuan kerana 72% daripada pemilih adalah orang Melayu. 25% adalah pengundi Cina suatu jumlah yang jauh lebih besar dari jumlah pengundi Berbangsa Cina di DUN Manek Urai dan berkemungkinan besar akan menjadi undi penentu kemenangan calon nanti.


Briged Putera UMNO Malaysia juga hadir memberikan sokongan

Calon dari Parti Barisan Nasional yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh berkata beliau bersedia menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapinya berikutan kesediaannya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

“Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya,”.

Rohaizat yang bertugas sebagai penasihat undang-undang syariah itu diminta mengulas mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa beliau disenaraihitamkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu berkata Hafarizam akan membuat penjelasan berhubung perkara itu hari ini.

Diminta mengulas peluangnya sebagai calon yang mungkin terjejas berhubung dakwaan itu, Rohaizat berkata ia adalah isu lama yang telah selesai.

“Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu,” katanya.

Dan hari ini SPR mendapati Rohaizat Othman adalah seorang yang layak untuk bertanding dalam PRK DUN permatang Pasir berdasarkan peraturan calon Pilihan Raya SPR.

Orang PAS dan PR cari isu lain la ye.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalah la kau PAS

Take Beer

Wahab Gontam

Tanpa Nama berkata...

UMNO pasti kalah

TEROPONG UMMAH berkata...

APA SUDAH JADI BIB

mantop berkata...

Kalah lagi....asyik kalah je bro, ape cerita ni...

Tanpa Nama berkata...

amno kalah besar bro,ehek!ehek!