Selasa, 8 September 2009

KESIAN PAS TIADA CALON!!!,



Di dalam kesibukan Parti PAS yang sentiasa suka berceramah dan menghentam peribadi pemimpin UMNO, rupa-rupanya mereka terlupa untuk menyediakan calon yang berkelayakan dan mencukupi untuk menandingi UMNO/BN dalam Pilihan Raya Umum(PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil(PRK).



UMNO sudah sinonim di hati rakyat Negeri Sembilan. PAS yang entah dari mana muncul dan tiada berjasa kepada pembangunan dan kesejahteraan Negeri Sembilan seringkali cuba menangguk di air yang keroh menumpang usaha murni Kerajaan Barisan Nasional didalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Segala nikmat pembangunan dinikmati secara bersama, namun kesilapan dan kekurangan yang ada pada usaha kerajaan sering kali menjadi modal mereka menjadi hero kepada rakyat.

Tidak seperti PRK sebelum ini, Kerusi N31 DUN  Bagan Pinang menyaksikan PAS bermandi peluh dan menjadi runsing memikirkan nasib mereka untuk mencari calon. PAS tiada calon berkaliber di Negeri Sembilan. Itulah hakikatnya.

PAS tidak pernah serius mahu memimpin Negara. Setiap kali PRU mahupun PRK, mereka cuma mahu mencuba nasib dengan menabur janji manis dan palsu kepada rakyat. Agama Islam menjadi modal mereka.

Kini  PAS tersepit, siapa harus mereka pilih di N31 Bagan Pinang?
Khabar angin dari orang-orang PAS menyatakan,  PAS cuba menonjolkan calon berlatar belakang Tentera, maklumkah DUN Bagan Pinang mempunyai undi Pos yang sangat besar,  hampir 1/3 dari jumlah pengundi disitu iaitu seramai 14000 orang. 
Antara calon yang ingin diketengahkan adalah seperti Brigadier Jeneral (B) Dato’ Zakaria bin Hj Dahlan bekas calon PAS dalam PRU ke 12 bagi kerusi  DUN Chembong  dan juga  veteran tentera yang telah sekian lama menyertai PAS ialah Lt. Kolonel (B) Hj Malakan bin Kamarudin. Namun, jika calun dari Pas ialah Dr Rosli Yaakob tetapi bersediakah beliau balik dari Bangladesh menghadapi UMNO.

Walaupun Pas ada ramai bekas tentera yang agak berpangkat juga , tetapi agak berusia , tak manis menjadi calun. Nampak sangat tiada orang dah nak ambil. Kalau menang cepat mati ada lagi PRK lain kali.

Kepada pengundi di N31 Bagan Pinang, jangan sia-siakan masa depan anda dengan memberi undi kepada orang yang tidak layak dan berkebolehan memimpin. Undilah Calon terbaik yang semestinya dari Parti Barisan Nasional.

4 ulasan:

anak kg berkata...

PJ dia pun tak teringin bertanding bila nampak 5000 undi pos.

Detguaq berkata...

Jangan pandang enteng strategi dia orang. Jangan hiraukan siapa yang hendak depa letak. Kita kena pikiaq sapa yang nak kita letak. jangan jadi macam Permatang Pasiaq!!!

Jangan jadi macam kami. Jangan pisang berbuah dua kali!!!

Depa sedang mengatur dalam senyap, sambil membuat provokasi agar kita menari mengikut rentak yang mereka sediakan!!!!

Fikirkan yang terbaik untuk N31 dan untuk UMNO. Berpakat baik-baik. Cari fresh candidate yang nampak bersih dan sebenarnya bersih!!!!

Detguaq berkata...

Silalah lawati:

http://pelantaqhujah.blogspot.com/

AnTi AljUbuRi berkata...

Jenderal Ketot tu nak jadi calun PAS??
Jenderal dari Rembau yang pernah lawan Najib tu bukan???

Baguslah letak orang tua tu, confirm boleh dikalahkan. Dengar cerita orang Rembau samada PKR atau PAS sakit kepala dengan kerenahnya masa PRU 12 tempoh hari.

Orang tua tu dah hampir nyanyok, dengar khabarnya masa ceramah dia dok cerita hal dia khidmat di Congo zaman tok adam dulu. Dia dok ingat dia masih Jenderal, tu pasal kata orang Rembau, program ceramahnya tempoh hari diboikot oleh orangnya sendiri.

Anak buah dia ada dengan aku, kalau dia jadi jadi calon aku akan bawa cerita menarik untuk bagi dia terlangkup!

Aku ada dengar nama Dr Rosli?? Penjilat Anwar yang masuk pas tu?? lidah pendek tu kan? Yang tengah sibuk dengan projek pokok gaharu??
Rasanya macam kenal jugak, bekas Bank Negara pun orang - ada maklumat dia kelentong hal markas PAS NS di Gadong Lalang - memang penuh lalang pun, duit entah ke mana .. ada cerita juga kalau dia naik jadi calon...

Malakan tu macam pernah kenal - munkin ada kena mengena dengan Ketua Pas Rembau- Rozmal Malakan ...

Keadilan/PAS Negeri Sembilan tu dengar khabarnya banyak sangat taik ...