Rabu, 30 Disember 2009

Hebahan - Demonstrasi PR Negeri Sembilan

Salam hormat.

Makluman penting dari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah merancang untuk mengadakan satu demonstrasi di hadapan Bangunan UMNO Negeri Sembilan pada esok hari jam 10 pagi sebagai tindakan bantahan atau protes terhadap kerajaan Negeri Sembilan.

Ahli Pemuda dan penyokong kerajaan di minta turun hadir beramai-ramai dan berkumpul di sana pada esok hari sebagai menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sembilan (UMNO/BN) bagi mempertahankan agenda perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang kita dokong selama ini.

HIDUP MELAYU!HIDUP UMNO!
ALLAHUAKBAR!!!

1 ulasan:

SSS Admin berkata...

Kepada e-Patriot SSS,

Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

Salam Sejahtera,

“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS