Rabu, 24 Disember 2008

AHLI PARLIMEN BN ATAU PAKATAN RAKYAT DI KUALA TERENGGANU

Rencana Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu
Bagi tujuan mengundi semasa Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil maka MALAYSIA telah dibahagi kepada 222 Kawasan Parlimen. Tiap-tiap kawasan diwakali oleh seorang Ahli Parlimen. Ahli Parlimen adalah Wakil Rakyat bagi Kawasan Parlimen di sesuatu negeri.
Ahli Parlimen (MP) mewakali rakyat sebagai rakyat Persekutuan menakala Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) mewakali rakyat di DUN sebagai rakyat negeri dimana pengundi dilahirkan atau dimana ia tinggal.

Ahli Parlimen dan/atau ADUN sesuatu kawasan juga mewakali parti politiknya sendiri seperti MP dari UMNO, dari MCA, MIC, Gerakan, PKR, DAP, PAS dll.
Tiap-tiap parti politik, samada pehak Kerajaan atau pehak pembangkang mempunyi falsafah, tujuan, visi, memorandum dan pendirian mereka sendiri mengikut Perlembagaan Parti.
Buat masa sekarang parti yang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan ialah BARISAN NASIONAL yang mana Jemaah Kabinetnya dianggotai oleh pemimpin-pemimpin dari UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP di Semenanjung. Menakala Ahli Parlimen dari PAKATAN RAKYAT (PKR, DAP dan PAS) ialah pembangkang di Parlimen.

Kerajaan Negeri Terengganu pada masa yang sama ditadbir oleh BARISAN NASIONAL dimana MB dan ahli EXCOnya adalah diwakali oleh ADUN dari UMNO, MCA dan MIC.
Apakah baik buruknya bagi rakyat sesuatu Kawasan Parlimen yang diwakali oleh Ahli Parlimen dari BN dan Ahli Parlimen dari PR sedangkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Terengganu ditadbir oleh BARISAN NASIONAL yang mempunyi majoriti AHLI PARLIMEN dari BN?

Pada pandangan saya apabila Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ditadbir oleh parti politik yang sama seperti BN maka sistem pentadbiran antara Kerajaan Pusat dan jenteranya berjalan dengan lancar, aman dan tenteram - tidak ada ketegangan politik dan pentadbiran. Apa jua dasar, rancangan, projek dan bantuan dari Kerajaan Pusat dapat disalur dan dilaksanakan kepada Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada Kawasan Parlimen dan Daerah dengan senang dan mudah dan ini adalah satu kebaikan kepada rakyat.

Siapakah rakyat dan pengundi di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mahu untuk mewakali mereka terpulanglah kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu.
Bolehkah calun dari PAS memberikan kemudahan dan kesenangan kepada rakyat Kuala Terengganu kalau wakil PAS dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu?
Apa kebaikkannya kepada rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sekiranya calun UMNO dipilih dan menang untuk mewakali rakyat Kuala Terengganu di peringkat Persekutuan melalui Parlimen?

Saya berpendapat pengundi-pengundi di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu patut memilih calun UMNO/BN untuk terus mewakali mereka semula di Parlimen. Pengundi-pengundi Kuala Terengganu perlu fikir-fikirkan, perlu bincang sebelum pergi mengundi demi masa hadapan pengundi-pengundi dan ahli keluarga mereka dan demi pembangunan dan kemajuan di kawasan mereka tinggal.

SELAMAT MEMILIH WAKIL RAKYAT DAN SELAMAT MENGUNDI.
Contributed by Adam

Tiada ulasan: