Ahad, 21 Disember 2008

Penubuhan semula Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tangkoh Sikota

Majlis ramah mesra bersama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah dan mesyuarat penubuhan semula Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Tangkoh Sikota dalam Kawasan DUN Johol.

Dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Tuan Adnan Bin Hj Abu Hassan, beliau serba sedikit telah menceritakan semula sejarah penubuhan UMNO bagi ingatan semula semua hadirin. Beliau kemudiannya menegaskan betapa UMNO selama inilah yang sentiasa memperjuangkan Islam dan Bangsa Melayu, maka setiap ahli Pemuda haruslah sedar dan sentiasa memperjuangkan Agama dan Bangsa dengan memartabatkan Pergerakan Pemuda ini.

Dengan mensyukuri nikmat, maka para ahli UMNO akan menyedari betapa beruntungnya menjadi rakyat di Negara yang bertuah ini di mana dengan kebijaksanaan para pemimpin UMNO telah banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat dan Negara. YB Adnan juga memberi contoh mengenai pemimpin-pemimpin yang dilahirkan oleh UMNO tetapi telah mengkhianati perjuangan UMNO apabila telah Berjaya seperti Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid. Mereka adalah produk UMNO.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kuala Pilah, Barisan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, beberapa orang Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua serta Timbalan UMNO Cawangan Tangkoh Sikota En. Shamsul Bahri Bin Hj. Shamsudin dan Cikgu Zainal Bin Adam.

Dalam mesyuarat penubuhan semula tersebut, saudara Mohd Fadzil Bin Dahalan telah dipilih menjadi Ketua Pemuda Cawangan dan Saudara Mohd Jefri Bin Abu Hassan Chong selaku Naib Ketua Pemuda.

Tiada ulasan: