

APABILA KEBENARAN TIDAK LAGI MENJADI SANDARAN, YANG HITAM PASTI TIDAK AKAN MEMUTIHKAN, APABILA HATI MATI, APA LAGI YANG MENJADI PEGANGAN, PERJUANGAN SEJATI MENCARI DAMAI ABADI.
“Orang melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak di iktiraf sebagai rakyat tanah melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan sah kaum lain.”
“ Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangkamasa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang di lakukan oleh orang melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan di terima di Ceylon dan juga tidak di terima di Burma. Sama halnya dengan kaum cina, mereka tidak di terima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak di berikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata “kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa melayu, ribuan orang India, cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana di lahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu?. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda kerana menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”
6 ulasan:
Nampaknya Bloger PP dalam Blognya KOPILAH telah terperangkap dengan keangkuhannya menceritakan keburukan dan kekurangan orang UMNO di blognya.
PP tidak dapat membezakan antara blog Rasmi PUTERA UMNO dan PEMUDA UMNO. Untuk pengetahuan PP, PUTERA adalah sayap Pemuda. Putera hanyalah sebuah biro. Kalau dah lama tinggalkan Pemuda, jangan buat-buat pandai. Inilah padahnya.
Semudah-mudahnya PP melabelkan Pemuda UMNO Kuala Pilah sebagai hampeh. Siapa dia!
Satu lagi, apa matlamat blog PUTERA UMNO ni, tengok dan fahami betul-betul!
Orang macam PP ni kalau jumpa pemimpin UMNO bukan main lagi, seperti perumpamaan - pijak semut pun tak mati, sebab apa, kalau bagi projek atau jawatan senyaplah mulutnya. Bila dah tak diterima macam nilah, semua buruk semua tak elok. Baik PP pergi jumpa semua YB yang ada di Kuala Pilah dan nasihatkan depan-depan. Cakap belakang2 macam jaguh kg buat apa.
Jika ada yang berkata blog ini dan isi kandunganya macam sampah, barangkali orang tersebut lebih 100% kali sampah kerana sanggup berkunjung, membaca dan meninggalkan komen dan pastinya orang tersebut akan muncul lagi di blog ini.
Blog ini pro UMNO, seperti biasa keburukan pembangkang cuba di dedahkan sama seperti apa yang Blog2 Pakatan Rakyat buat. Saya yakin lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berkunjung dan suka meninggalkan komen di sini.
Mungkinkah blog ini menggugat perasaan orang Pakatan Rakyat?
Saya juga ada membaca bahan di Blog KOPILAH. Nampak sangat blogger tersebut hanya mampu hidup dengan isu setempat dan masalah dalaman UMNO.
Barangkali saudara PP tersebut terlupa nak melihat keseluruhan mengenai blog PUTERA UMNO KUALA PILAH. Apa matlamat blog tersebut?
Cuba baca betul2. Kalau ada yang boleh menyampaikan kepada saudara PP @ Saudara PP sendiri membaca komen ini, sila letakkan matlamat blog Putera UMNO ini di post blog tuan.
PUTERA hanyalah sayap Pemuda dan bergerak dibawah Pemuda. INI BUKAN BLOG RASMI PEMUDA TETAPI BLOG RASMI PUTERA UMNO SAYAP DI BAWAH PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA PILAH!
Berbeza ya itu Tuan PP dan Setiausaha Bahagian Parti Keadilan Kuala Pilah saudara Hamzah.
Isu YB Adnan juga menggunakan Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi cuba disentuh. Saya ingin bertanya soalan ini. YB Adnan beli Canmry sebelum atau selepas pilihan Raya? dan adakah kereta camry tersebut kenderaan rasmi Pemimpin Kerajaan Negeri Sembilan atau persendirian? Apa jawapanya?
Orang yang berfikir secara positif dan membuat kajian mampu mencari kebenaran sesuatu pekara. Mencari kesalahan dan kekurangan orang terlalu mudah! Dalam hidup kita sudah berapa banyak kekurangan, kesilapan dan kesalahan yang kita dah buat? Mahukah kita akui segalanya! Bayangkan pula seorang pemimpin yang ada kuasa,kekayaan dan pengaruh apatah lagi.
Buat saudara PP, saya tahu anda kecewa dalam perjuangan anda. Apabila anda tiada apa lagi dalam UMNO maka anda mencari kesalahan dan menghentam individu atau UMNO itu sendiri sedangkan suatu masa anda pernah berada dalam Parti, apa yang anda lakukan? Ketika ini apa usaha yang anda lakukan untuk memperbetulkan pemimpin atau parti seperti yang sering anda perkatakan banyak kekurangan dan kesilapan.
Kalau kita nak berdakwah, lebih baik kita bersama dan membimbing orang itu daripada kita tinggalkan dan kita hanya berkata dibelakang.
Saya yakin saudara PP pastinya sama seperti Datuk Azahar yang keluar UMNO kerana sudah tiada apa lagi dan kekayaannya mula berkurangan apabila tiada jawatan, begitu juga Anwar Ibrahim? Suatu masa dahulu pernah memegang jawatan sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi apa yang dilakukannya? UMNO semuanya elok ketika itu dan pembangkang dikecamnya. Apabila dipecat barulah hendak bersuara dan menghentam pemimpin dan UMNO itu sendiri.
Fikirkan2lah.Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan perbetulkan jika ada tersalah fakta dalam komen tak seberapa ini.
Assalamualaikum.
Anwar Ibrahim sudah semestinya mengelakkan dirinya dari memberi jawapan dan penerangan yang konkrit mengenai hukum Hudud ini. Beliau akan cuba mengelak dan melarikan diri dari memberi kenyataan pasal Hudud ini. Anwar suka berjanji, bila nak tubuh kerajaan pun tak tau. Berapa kali dah bagi tarikh, tapi tak ada pun. Rakyat asyik kena tipu sahaja. Anwar talam dua muka. Depan orang Melayu cakap lain, depan Cina India cakap lain.
PAS bercadang nak buat, tetapi buat tak buat kalau dapat memerintah nanti tak tau lah.
Betul juga, seorang nak, seorang tak nak. Antara 3 parti dalam Pakatan Rakyat, ketuanya Anwar Ibrahim, tetapi kedudukanya tidak seteguh kedudukan UMNO sebagai pemutus dalam BN. Cakap anwar selalu dibantah DAP. Tidak jelas siapa lebih dominan dalam Pakatan Rakyat.
Jika dapat memerintah, tak akan rakyat nak tengok pemimpin berkelahi, seorang nak, seorang tak nak. Yang berjaya suka dan puas hati, yang tak suka kecewa dan tak puas hati. kesudahanya?
Tetapi saya yakin, soal Hudud ini hanyalah retorik dan modal PAS menghadapi pilihan raya kecil terengganu nanti. Rakyat boleh fikir, lamadah isu hudud ni senyap. Menteri Besar Kedah dengan Perak ada usahakan apa-apa hukuman di bawah bidang kuasa Negeri seperti urusan Agama untuk diselaraskan dengan hukum Hudud. Tak ada sebab diaorang tak mau buat pun. Nak jaga hati DAP sebenarnya.Lepas PRK kuala terengganu, PAS mesti senyap dengan hudud. Maka janji tinggal janji.
Anwar tu suka berjanji je, semua dia boleh buat. Orang lain tak boleh ke?
Harap2 dia tak mati kempunan
Apabila kita membicarakan soal hukum hudud, bererti kita akan membicarakan suatu hukum yang diturunkan oleh Allah bukan hukum yang dicipta oleh manusia. Apabila hukum itu diperintahkan oleh Allah, maka sebagai hambanya tidak wajar kita mempermainkan atau mempersendakan hukum tersebut, apatah lagi kita menentang hukum tersebut dengan apa cara sekali pun. Isu berkaitan hudud ini bukan baru bagi Parti PAS, dan bagi PAS hukum ini adalah di antara beberapa hukum yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan, akan terus diperjuangkan oleh PAS sehingga hari kiamat.
Hukum hudud juga bukan asing bagi UMNO mendengarnya. UMNO adalah parti Melayu yang berjuang atas dasar kebangsaan, maka sebab itu UMNO tidak berminat untuk membicarakan soal hukum ini. UMNO lebih suka `mempromosikan' hukum yang tiada kaitan langsung dengan Islam bahkan ditentang oleh Islam. Akta ISA salah satu contoh di mana UMNO begitu mempertahankannya, malahan sanggup hilang rakan sekutunya demi Akta zalim ini. Apabila pemimpin PAS bersuara tentang hukum hudud ini, UMNO akan mengambil kesempatan ini bukan untuk membantu merealisasikannya, bahkan akan mencari jalan untuk menunjukkan kepada rakyat betapa hukum ini akan ditolak. Maka, UMNO akan mengambil dalil beberapa kenyataan pemimpin yang Non Muslim dari parti-parti yang sekutu dengan UMNO atau pun yang sekutu dengan PAS. Apakah tujuan UMNO ini ? Tujuannya hanya satu, iaitu bagi mempastikan PAS akan menempuh jalan yang getir dan sukar untuk melaksanakan hukum Allah ini. Tetapi benarkah PAS akan menyerah dengan tektik UMNO ini ? Sudah tentu tidak, PAS bukan terdesak untuk menjual maruah dan prinsip Islamnya semata-mata untuk menyenangkan hati perut UMNO.
Apa yang nyata, musuh utama dan penghalang utama bagi PAS untuk melaksanakan hukum hudud ini adalah UMNO. Walaupun DAP, MCA, Gerakan atau MIC secara terang-terangan menentang hukum hudud ini, tetapi PAS tidak pernah menganggap pemimpin-pemimpin yang Non Muslim di dalam parti tersebut sebagai penghalang atau musuh utama bagi PAS. Pas lebih awal kenal siapa musuh Islam yang hakiki. UMNO lebih kuat menentang hudud melalui kuasa yang ada padanya sekarang. DAP contohnya, hanya mengeluarkan pendapat menentang hukum Allah ini, tetapi UMNO lebih rakus dan zalim sehingga menggunakan kuasa dan undang-undang manusia untuk menentang undang-undang Allah. Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS menjadi mangsa kerakusan tersebut. Negeri Terengganu walau sepenggal diperintah oleh PAS suatu ketika, sedetik pun tidak dibenarkan melaksanakan hukum Islam ini hinggakan ugutan dibuat bahawa pihak Polis, pihak Keselamatan dan pihak Penjara tidak akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Terengganu di bawah PAS waktu itu sekiranya hukum Hudud dilaksanakan. Begitulah hati perut UMNO terhadap hukum ini. Di Negeri Kelantan, usaha dari pemimpin UMNO (kini telah dipecat) membawa kes ini ke Mahkamah untuk menyaman Kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hukum Islam ini sebagai bukti betapa UMNO terlalu anti dengan hukum hudud ini. Jelas lah pada kita, UMNO lah sebenarnya yang begitu agresif menentang hukum Islam ini bukannya pihak lain.
UMNO tidak perlu menuding jari kepada PAS, DAP atau PKR di atas isu ini. Mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika PAS mempunyai cita-cita dan usaha ke arah melaksanakan perintah Allah tersebut, adakah mereka (UMNO) mempunyai cita-cita dan usaha ke arah itu ? Jika jawapannya tidak, mereka sendiri telah menempatkan diri mereka ke dalam golongan atau kumpulan yang sama dengan golongan yang Non Muslim itu. Jika UMNO benar-benar ikhlas untuk mendaulat Islam, mereka yang kini tunjang kepada Kerajaan Pusat sekurang-kurang berani mengusulkan di Parlimen untuk meminda Perlembagaan agar Hukum Islam termasuk hukum syariah, hudud dan Qisas dapat dilaksanakan. Kita yakin seratus peratus, jika usul ini dibawa sudah tentu ianya akan disokong oleh semua MP dari PAS, dan tidak mustahil ada juga MP-MP dari DAP, PKR, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti akan turut menyokong. Ini adalah kerana bukan semua pemimpin dari parti tersebut menolak hukum ini. Masalahnya, beranikah UMNO berbuat demikian ? Sudah tentu tidak, kerana di dalam Perhimpunan Agung parti mereka sendiri mereka langsung tidak membicarakan soal ini, masakan mereka berupaya untuk membicarakan soal ini di dalam perhimpunan yang lebih luas.
Justeru itu, apabila UMNO sememangnya tidak berminat untuk membicarakan soal hukum Islam ini, usaha PAS hendaklah diteruskan sehinggalah Hukum Hudud ini dapat dilaksanakan walau pun mengambil masa beribu-ribu tahun lagi. Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia tanpa dapat melihat hukum ini terlaksana walaupun beliau telah berjuang sepanjang hayatnya. Saya mencadangkan agar pimpinan Pakatan Rakyat agar dapat mengadakan `Seminar' atau `bengkel' kepada semua ADUN dan MP dari Pakatan Rakyat bagi memperjelaskan lebih terperinci berkaitan hukum Islam ini. Program ini hendaklah berterusan dan Ulamak-Ulamak dari PAS, ABIM, Persatuan Ulamak Malaysia, Pendakwah Bebas atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan di dalam bidang ini untuk menjadi tenaga pengajar atau penceramah. Apabila program ini dapat dilaksanakan, kita akan dapat mengenalpasti mengapa dan kenapa mereka-mereka ini menentang Hukum Hudud tersebut. Apa yang saya sarankan ini adalah sejajar dengan kehendak MB Selangor baru-baru ini yang lebih suka peranan ini dimainkan oleh PAS yang mempunyai aset dan kredibiliti membicarakan isu ini.
Tidak mustahil suatu masa nanti, pemimpin-pemimpin dari DAP, MCA, Gerakan. MIC dan lain-lain yang terdiri dari Non Muslim akan lebih awal menerima hukum hudud daripada pemimpin UMNO. Kita merancang, Allah yang akan menentukan. Akhirnya, UMNO akan terkubur sebagaimana Parti Komunis Malaya juga telah berkubur di dalam lipatan sejarah. @@@ Bro Luv @@@
Macamana tak sokong Bro Luv.....hujahnya bernas dan menyegat.....
Inilah yang harus dipelajari oleh PUTERA UMNO yang masih muda dan berjiwa bersih. Janganlah sempitkan politik ni sekadar untuk berperang antara parti A dan B. Amat malang jika sekadar itu sahaja matlamat blog ini.
Hudud bukan isu tepi jalan yang boleh ditolak ketepi ketengah. Apa lagi dijadikan umpan pilihanraya. Kalau tak tau bertanya. Saya bukanlah ahli tapi kalau kita tolak hudud, tolak hukum Allah dan kita kata pulak hukum manusia lebih tinggi, masih Islam lagikah kita??? Perkara begini memang sangat kurang kita dengar dibual orang atau diajar Tok Guru di bolah Pilah ni. Tok Guru kita selalunya ajar ngaji, solat, puasa dan lain-lain ibadat saja. Waktu solat takut betul kita kalau-kalau rambut terkulai di dahi sedang sujud, nanti tak sah solat. Tapi undang2 Allah kita tolak dengan sedikit pun tak rasa bersalah.
Seh pun baru dengar Hudud ini sewaktu PAS memerintah Terengganu sepenggal dulu. Majlis forum besar-besaran di padang Perbandaran Kemaman. Tuan Guru Haji Hadi dan exco2nya termasuk bekas Ketua hakim Negara Tun Salleh Abas ceramah didepan masyarakat Melayu/Cina/India. Siap sessi soal jawab dan ramai orang bukan Islam yang turun bertanya soalan.
Sayang cita-cita PAS terbantut, kerana pastinya Kerajaan Persekutuan sahaja yang berhak untuk merealitikan hasrat ini.
Dimana kita waktu itu? Mengorak langkah berpolitik sama? Tapi menjadi suara pembangkang kesyumulan Islam. Kononnya itu Hudud PAS. Sampai sekarang lebih 50tahun belum dengar lagi hudud UMNO.
Seh ada masalah satu je dengan orang UMNO nih. Seolah-olah macam takde tuhan waktu berpolitik....padahal pimpinannya berpendidikan tinggi. Maknanya kuat membaca dan mentelaah.
Tok Guru Nik Aziz biasa berkata bahawa kalau UMNO terima perjuangan PAS ni,selalu(bahasa orang Kelate maknanya kojap-kojap an yo..) kito bubar PAS.
Ingatlah waktu Salahudin Al Ayubi menakluki Palestin dan Al-Quds keseluruhanya. Beliau berkata yang kami, tentera Islam mulia kerana Islam (Sorry...bukan sebab bangsa Arab).
P036 blessing in disguise... bahawa isu Hudud tak jalan dah...Orang Tionghua tahu yang Hudud hanya untuk orang Islam. Kita dengar sendiri dari mulut DSAI dukungannya terhadap Hukum Allah ini.
Gitulah muamalat bermula dulu, sekarang berduyun-duyun tak kira agama inginkan perbankan Islam kerana nampak keuntungan dunia. UMNO sebagai parti yang berkuasa dan kaya, punya kemampuan yang luar biasa untuk menjadikan ini realiti. So tak payahlah kita semua nak pikul dosa sekali pada Allah kerana mengantung Juraimi dalam kes pembunuhan Mona Fendey dulu. Dalam Islam tak halal darah orang yang telah diampunkan oleh waris terdekat si mati. Jangan pulak kontong tangan je yang kita pikirkan...
Bersyukurlah kita hidup dalam agama ni, kerana Allah dah buat Islam ni perfect dan kuat. Pertikailah..cacilah..hinalah... macamana pun dan oleh siapa pun, nanti pasti fakta Al-Quraan jugak yang benar.
Come-on lah Dik Putera UMNO. Jangan sebab kebebalan pemimpin, kita jadi terpesong (murtad?).
Check your facts. Seh fikir wajar untuk catatan ini diulas sedikit oleh moderator...agar tak bertepuk sebelah tangan. Kalau ada baiknya kita buat panduan dan kalau ada kekhilafan seh pohon maaf. Wasalam
Catat Ulasan