Sabtu, 27 Disember 2008

Kebebasan Bersuara Disalahguna

Dalam Buletin Utama malam ini tadi, disiarkan berita mengenai kewujudan sebuah blog yang jelas telah menghina Islam. Sidang blogger PUTERA UMNO bersama rakan-rakan kepimpinan PEMUDA UMNO Bahagian Kuala Pilah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Kesucian agama Islam semakin hari semakin cuba diganggu gugat oleh musuh-musuh Islam. Nampaknya kebebasan bersuara di negara ini semakin disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Adakah benar mereka ini Islam sebenarnya atau ada tangan-tangan tertentu yang cuba merosakkan Islam dengan menyamar sebagai Islam.

Situasi ini amat membimbangkan. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah, YB Tuan Hj Adnan dalam kenyataan tadi memaklumkan beliau berasa amat sedih dan marah dengan situasi ini. Beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini supaya memperbetulkan semula matlamat ataupun niat mereka. YB Tuan Hj Adnan mencadangkan supaya Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia serta pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Persekutuan untuk memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kewujudan blog-blog seumpama ini. Janganlah disalahgunakan Kebebasan Bersuara dan dasar keterbukaan kerajaan dengan menyentuh sensitiviti Keagamaan atau perkauman. Tindakan ini boleh mencetus ketegangan dan boleh membawa kepada pekara-perkara negatif didalam masyarakat seperti pergaduhan dan rusuhan. Kesucian agama Islam jangan sesekali dicemari dan beliau berazam supaya perkara ini tidak berlarutan dan berterusan dengan memperjuangkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

Berikut juga kenyataan rasmi Yang di Pertua Blogger Pembela Negara(BPN):

KENYATAAN MEDIA 

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM

BPN memandang serius blog-blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensitiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..

Beberapa blog telah seperti  http://surind.blogspot.com/,http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..

BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.

BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yang sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.

BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..

Yang Benar,

PANGLIMA PERANG CYBER

Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )


Marilah kita bersama-sama memerangi musuh-musuh Islam yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak Putera UMNO mencadangkan supaya blog ini terus disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia dan kewujudan blog-blog baru dipantau secara konsisten agar tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan didalam isu keagamaan dan perkauman. Isi kandungan blog tersebut benar-benar menhina Islam dan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Jika dibiarkan berlarutan, ia mampu mengundang pelbagai masalah kepada umat Islam termasuk terpesong akidah akibat fahaman keterbukaan beragama ini serta mencemarkan imej Islam di mata masyarakat.

Pihak Kerajaan teruatamanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi haruslah memandang berat dan serius perkara ini. Janganlah terlalu terbuka dan berlembut dengan pihak-pihak sebegini. Tindakan tegas harus diambil sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa soal agama bukan untuk dipermainkan lebih-lebih lagi agama Islam adalah agama Persekutuan.

Tiada ulasan: