Rabu, 31 Disember 2008

ISRAEL PENGGANAS

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan keganasan dan kekejaman rejim Israel memerangi umat Islam di Palestin dalam siri operasi ketenteraan baru yang dilancarkan kelmarin.

Pemimpin Islam seluruh dunia khususnya OIC dan PBB haruslah memainkan peranan penting dan bersungguh-sungguh dalam membela nasib umat Islam yang tidak berdosa di Palestin.

Israel tanpa rasa belas kasihan melancarkan operasi ketenteraan dan telah membunuh serta mencedarakan rakyat Palestin sesuka hati.


Di mana perasaan kasih sayang dan belas kasihan di hati dan jiwa pemimpin serta tentera Israel?


Tidak cukupkah Tanah dan nyawa rakyat Palestin yang telah diambil. Apa salah mereka? Di mana pendirian dan kesungguhan Presiden Baru Amerika Syarikat Barrack Obama?
Sampai bila rakyat Palestin akan dan harus menderita?
Marilah kita umat Islam Berdoa agar Rakyat Palestin mendapat Pertolongan dan Perlindungan sentiasa dari Yang Maha Esa.
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah juga menggesa agar Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Luar memainkan peranan aktif, bersungguh dan berterusan membela dan menjaga kebajikan rakyat Palestin.
Suara Umat Islam harus didengari! Umat Islam dilabel sebagai pengganas, bagaimana pula dengan Rejim Israel? Siapa yang pengganas?
Apa yang akan terjadi pada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa, isteri yang kematian suami dan mereka yang cedera. Bagaimana dengan kehidupan mereka?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu acap kali menganjurkan Rundingan Damai dan memperkenalkan pelbagai Konvensyen dan perjanjian Antarabangsa dalam memerangi keganasan dan jenayah perang. Mengapa Israel dibiarkan terus bermaharajalela di bumi Palestin!
Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.

Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.

“Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.

1 ulasan:

burujerdi berkata...

Salam Ukhuwah,

Nasib umat Islam tidak akan berubah jika kita tidak bersatu dan meletakkan Islam di atas. Kita akan sentiasa dipermainkan, diperkotak-katik dan diperlekehkan. Islam saja yang mampu mengembalikan maruah dan jatidiri kita.