Dulu cakap lain…
"Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat."
Sumber: "MB Terengganu 'sibuk' hal kereta mewah, lupa rakyat miskin", Harakah, 29 Julai 2008.
Jika kos yang tinggi jadi sandaran, mengapa camry jadi pilihan? Mengapa Proton Wira atau Waja tidak menjadi pilihan? Bukankah Proton buatan Malaysia, dibuat oleh rakyat Malaysia. Jika mahal sekalipun, wang pembelian dan kos selenggara akan mengalir dalam negara juga dan akhirnya akan dinikmati semula oleh rakyat melalui program2 kerajaan pusat mahupun negeri. Adakah kerana Proton hasil idea Pemimpin UMNO maka Proton harus dihukum sebegini.
1 ulasan:
salam,
tahniah. teruskan perjuangan
Catat Ulasan