Ahad, 21 Disember 2008

Ahli Parlimen PAS Bersubahat Anjurkan Forum IFC

Berikut adalah satu forum Inter Faith Dialouge On Poverty yang ingn dianjurkan oleh YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) pada 20 Disember 2008 di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang. Namun pusat operasi untuk penganjuran forum ini adalah di pejabat YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Malah YB Khalid Samad turut sama mempromosikan penganjuran forum ini dalam blognya.

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Kali ini, selepas 9 bulan menang, YB Khalid Samad bersubahat sama untuk menganjurkan forum IFC? Apakah Zulkili Nordin (Ahli Parlimen Kulim) akan bertindak kali ini? Jika beginilah sikap Khalid Samad, maka tidak salah tindakan Hassan Ali meminggirkannya dalam PAS.

1 ulasan:

Dr Zimi berkata...

Mungkunkah PAS memanipulasi agama demi mencapai cita-cita politik semata-mata?

Dalam PAS ada team ulama dan team profesional. Antara mereka juga sebenarnya berbeza dalam pandangan dan perancangan. Cuma mereka belum memerintah negara dan tidak perlu membuat keputusan-keputusan rasmi dan penting untuk negara lagi.

Jika ditakdirkan dapat memerintah nanti,baru mereka akan merasai sedikit demi sedikit kesusahan membuat dasar dan keputusan untuk memberi kepuasan optimum kepada semua pihak.

Janganlah kerana politik agama, bangsa dan negara tergadai

Terlalu banyak sejarah yang boleh dipelajari dalam ketamadunan manusia. Runtuhnya sesuatu kerajaan bermula dari dalam bukanya oleh orang luar. Jika kita yakin BN tak betul kita tumbangkan. Namun jika kita silap dan salah membuat keputusan, terlalu besar padahnya buat semua. Hanya ALLAH yang mengetahui segalanya.