Selasa, 30 Disember 2008

DAULAT TUANKU

Tuanku Muhriz yang juga merupakan Tunku Besar Seri Menanti telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan ke 11 bagi menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar yang mangkat pada hari sabtu lalu.

Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak pada majlis penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.
‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967.

Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth, Wales dalam bidang undang-undang.

Tuanku Muhriz berkahwin dengan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin.

Tiada ulasan: