Isnin, 22 Disember 2008

HUDUD dan Janji YB Khairy

Sedutan dari laporan akhbar The Star, Disember 21hb, 2008 berkenaan forum atas:
... Khairy launched another attack on Husam when he asked whether hudud law would be implemented if Pakatan Rakyat had taken over the Government on Sept 16.

Husam gave an assurance that hudud law would be implemented if they had taken over.
Associate Prof Mohd Agus added fuel to the already hot topic and asked Khairy if he would push for hudud law if he became the Umno Youth chief.
Khairy smilingly replied that he would, which resulted in shouts among PAS supporters in the hall...

Terlebih dahulu Putera UMNO Kuala Pilah ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha dan keberanian Yang Berhormat Khairy Jamaludin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menghadiri program di kubu kuat PAS, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun persoalanya, adakah benar YB Khairy berjanji untuk membawa cadangan perlaksanakan hukum Hudud jika memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia nanti? Jika benar, ini membawa erti yang besar dalam perjuangan Pemuda UMNO Malaysia dan sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya dikalangan ahli Pemuda dan rakyat Malaysia. Mungkinkah ini agenda YB Khairy menghadapi pemilihan parti Mac nanti?

Walauapapun, yang dijanji haruslah dipegang dan ditunaikan. Janganlah seperti PAS yang hanya pandai berjanji, tetapi gagal melaksanakan janji memandangkan rakan seperjuangan DAP tidak bersetuju. Akhirnya penyokong PAS juga yang kecewa.

Lim Kit Siang dalam kenyataan rasminya yang dipetik dalam Malaysiakini jam 3.03 petang tadi berkata, Hudud bukan didalam Polisi perjuangan Pakatan Rakyat. Pemimpin veteran parti itu mahu Naib Presiden PAS mengkaji dan menjelaskan semula apa yang telah dijanjikan dalam program wawancara tersebut iaitu PAS akan melaksanakan Hukum Hudud jika memerintah Malaysia nanti. Lim Kit Siang menegaskan bahawa DAP tetap dengan pendirian mereka bahawa Malaysia bukannya sebuah Negara Islam dan akan kekal dengan polisi Malaysia ialah negara Sekular jika memerintah kelak.

Apa pula pandangan dan janji Dato Seri Anwar Ibrahim kali ini? Adakah beliau akan mendiamkan diri, terus berbohong atau terpaksa memilih antara dua dalam menjaga hati sahabat baiknya terutama dalam DAP itu. Maka kecewa dan terkorban lagilah PAS dalam Pakatan Rakyat. Janji tinggal janji, penyokong Pakatan Rakyat kecewa dan tertipu lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat penipu, lagi toruk dari UMNO & BN

Tanpa Nama berkata...

terlepas cakap si husam tuh!

kj dah berjaya menjerat lidah dia!
hahahah

lain kali hati2 lah

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana anda menafsir polimik tersebut? Hanya lihat suku dan membuat keputusan. Sudah hayati diskusi tersebut sepenuhnya? Siapa yang terjerat? Husam atau KJ ? Ikuti perbahasan daripada sumber dari awal hingga akhir dan anda tahu siapa yang terjerat.

Tanpa Nama berkata...

penyokong pembangngkang macam nilah. tanya lain jawab lain. lepas tu tak asyik pusing lari dari soalan dan mengaku dia je betul dan menang.

artikel sebut tentang pas dan dap pasal perbezaan pendirian soal hukum hudud. orang pas semua kata diaorang menang berdebat dengan kj la, diaorg powerla. apa guna menang bersorak kampung tergadai.

tak faham ke, DAP tak terima hudud. macam2 statement dah diaorang buat siap karpal singh suruh langkah mayat dia dulu kalau nak buat hudud. dap dengan pas sama2 satu parti. tak kan besok bila dapat memrintah rakyat kena tengok sandiwara politik masing2. DAP sekular, faham betul2 perjuangan mereka, PAS Islam. Dua2 berbeza.

Kalau buka blog pembangkang, dia kata Husam lagi power KJ teruk kena belasah, kalau buka blog pro kj atau umno dia kata kj power.

lu fikirlah sendiri