Jumaat, 26 Disember 2008

Datuk Zahar Hashim - Habis Madu Sepah Dibuang

Tindakan Bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan(PJS) Kapten(B) Datuk Zahar Hashim kelmarin yang keluar dari UMNO dan menyertai PAS merupakan suatu tindakan yang sangat bagus. Pemimpin-pemimpin UMNO dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan Selatan menyifatkan beliau sebagai suatu bebanan bagi UMNO lebih-lebih lagi setelah digantung keahlianya pada 2 Disember lalu.

Naib Ketua Bahagian PJS dalam sidang akhbar seperti dalam gambar di atas, Yahya Hamzah berkata, bahagian tersebut masih kukuh tanpa Zahar dan akan sentiasa memastikan kekuatan parti.

"Beliau sudah pasti akan menjadi satu beban besar kepada Pas kerana dia tidak mempunyai kewibawaan mentadbir dan tidak pernah berjuang untuk masyarakat serta negara.

"Pemergian beliau tidak memberi apa-apa kesan dan masalah kepada parti atau bahagian UMNO ini.

"Malah semua ahli dari setiap cawangan masih kukuh untuk menggerakkan parti,''.

Tambah Yahya, setakat ini hanya 28 ketua cawangan yang menyertai Pas bersama Zahar dan tempat ketua-ketua berkenaan diambil alih oleh timbalan masing-masing.

"Kami tidak kenal ketua-ketua cawangan berkenaan kerana mereka bukan penghuni di kawasan ini.

"Mereka dipilih oleh Zahar dan tidak pernah tanya persetujuan ataupun pendapat kami dalam pemilihan ketua-ketua cawangan itu," jelasnya.Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, yang di petik dalam Agendadaily.com, “Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” .

Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.

“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau.

Jika ini sifat kepimpinan Datuk Zahar Hashim, maka wajarlah Lembaga Disiplin menggantung keahliannya.

Kehadirannya didalam UMNO hanyalah seperti Duri Dalam Daging dan Nanah berbisa yang bisa merosakkan segalanya.

Difahamkan juga, tindakan Datuk Zahar ini adalah untuk strategi beliau supaya dicalonkan dalam Pilihan Raya umum akan datang atas Tiket PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Taman Medan. Jika terus bersama UMNO, peluangnya menjadi calon hampir pasti tiada.

Orang yang bercita-cita tinggi demi kepentingan diri sendiri seperti ini eloklah di tinggalkan dan di jauhi. Sudah banyak kekayaan yang dikaut atas jawatan di dalam UMNO, maka atas agenda peribadi beliau tinggalkan UMNO begitu sahaja. Siap wakafkan lagi Bangunan UMNO Bahagian milik beliau atas duit yang diperolehi ketika menjawat jawatan dalam UMNO. Ketika menjadi pemimpin dan ada jawatan, UMNO semuanya elok, bila dah digantung atau dipecat UMNO semua tak elok. Sama macam Anwar Ibrahim.

Habis Madu Sepah Dibuang.

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

blog anda sudah dimasukkan dalam list bpn...

tq atas sokongan saudara !