Ahad, 21 Disember 2008

BABI Sudah Jadi Mainan

Pada 5 September 2007, seramai 100 orang penternak babi (gambar) membuat benteng manusia menghalang polis untuk menutup ladang babi di Paya Mengkuang, Melaka. Biarpun diberi tempoh hingga 21 September untuk menutup ladang tersebut, tetapi sehingga ke hari ini ladang tersebut masih lagi beroperasi. Ketika usaha penutupan, sudah ada 48,000 ekor babi. Sekarang ini jumlahnya mungkin berkali ganda. Berapa kali Karam Singh Walia hendak marah dalam TV3 berkenaan dengan isu alam sekitar? Mahu dengar pantun lagi?

(Gambar: Ketika sedang kecoh isu penutupan babi datanglah DAP. Apakah kehadiran pemimpin DAP ini untuk memberi sokongan moral kepada penternak babi di Melaka?. Betty Chew (ADUN Kota Laksamana, isteri Guan Eng) sedang memegang anak babi sambi diperhatikan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Anak babi adalah simbolik untuk menarik simpati? Bila simpati bolehlah anggap tutup ladang sebagai zalim, bukankah begitu?).

Persoalannya ialah tindakan dan sikap 100 orang penternak babi terbabit. Biarpun diberi peluang tetapi masih lagi berdegil. Mengapa mereka sebegitu berani? Ada sesiapa di belakang yang mempengaruhi mereka bersikap sedemikian? Pada 13 November 2008, satu kepala babi telah digantung di atas pintu pagar rumah Md Rawi Mahmud (AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah). Sebelum itu, pada 18 Oktober 2008, sekumpulan penduduk telah menemui bangkai kepala babi di kawasan pantai Pengkalan Balak.

(Gambar: Salah satu kain rentang Pewaris). Pada 17 Disember 2008, satu lagi kepala babi digantung di kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris). Apakah kepala babi kini sudah menjadi senjata ugutan terbaru sesetengah pihak untuk menakut-nakutkan orang Melayu? Ini baru ada 48,000 ekor di Paya Mengkuang, kalaulah ada bilangan yang lebih besar di Sepang dan Bukit Selambau, sudah tentu kepala babi akan digantung di sana sini untuk takutkan pihak-pihak yang dianggap "anti babi".

Hairan, dulu PAS cukup anti dengan babi dan kafir, tetapi sekarang ini bila sudah enak di tampuk kuasa, PAS nampaknya terlupa menegur DAP dan sekutunya tentang persoalan babi. Diam membisu mengiyakan apa sahaja yang dibuat DAP. Pihak yang buat tindakan kurang ajar mengantung kepala babi secara bersiri ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Tindakan sebegini tidak harus dibiarkan berleluasa. Lama-kelamaan, kalau ditiup sentimen, ianya boleh menjadi api yang lebih besar.


Tiada ulasan: