Jumaat, 19 Disember 2008

BAR COUNCIL, percaturan Pakatan Rakyat dan kempen JERIT



SOALAN : JUMLAH PEGUAM DI MALAYSIA?
JAWAPAN : 17,346 ORANG

SOALAN : PEGUAM MELAYU ?
JAWAPAN : 40%

SOALAN : ADAKAH SUARA BAR COUNCIL = SUARA PEGUAM?
JAWAPAN : Sudah pasti TAK!!!!!!!!!!!!!

KENAPA?
JAWAPAN : SEBAB YANG HADIR DAN MENGUNDI DALAM AGM BAR COUNCIL SETIAP TAHUN TAK PERNAH MELEBIHI 4,000 ORANG. SO AMBIGA SREEVENESAN PRESIDEN BAR COUNCIL TU HANYA DI PILIH OLEH 23.06% DARIPADA PEGUAM-PEGUAM DI MALAYSIA.......

SO APA YANG BAR COUNCIL SIBUK SANGAT NAK TERLIBAT DENGAN SURUHANJAYA PERLANTIKAN HAKIM?

DAN yang penting, peguam2 Melayu @ Islam yang hadir ke AGM BAR Council ramai yang terdiri daripada lulusan luar Negara yang mendukung fahaman liberal. Maklumlah cerdik pandai, semuanya ikut asas pemikiran logik akal mereka.

Kenyataan ragu-ragunath kesevan Naib Presiden Bar Council dalam Buletin Utama malam tadi....

"Bar Council tak pernah terlibat melobi perlantikan Ketua Hakim Negara seperti yang di dakwa oleh YB Datuk Mukhriz di Parlimen semalam. Walaubagaimanapun, memang sebagai individu peguam, kami berbual sesama sendiri di kedai-kedai kopi dan menyatakan siapa pilihan kami yang layak jadi Ketua Hakim jika berlaku kekosongan..."

Sebagai Bar Council kami tak melobi....

Tapi sebagai individu, kami pilih hakim2 yang kami sukai untuk menjadi CJ, Hakim Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Tinggi....

Sebagai Naib Presiden Bar Council yang Bakal menjadi Presiden menggantikan Ambiguaty penggal depan, sudah tentu pendapat anda sebagai individu juga mempengaruhi keputusan Bar Council dalam mesyuarat nanti....



Ingatkan Lawyer2 ni semua cerdik, tapi ada juga yang tidak, terutama cakap berbelit.
Persoalan seterusnya, mengapa Bar Council beria-ia membela kempen Jerit termasuk pembelaan percuma jika ada peserta jerit didakwa di mahkamah. Kanak2 juga jadi mangsa percaturan politik sempit pembangkang. Tanya siapa yang anjur kempen JERIT tak berani pula sesiapa nak mengaku!

Tiada ulasan: