Rabu, 24 Disember 2008

Antara AKIM dan PAS, Siapa pilihan Penyokong Parti Keadilan?

Sedang team Erdogan dan Team Mubalah menyusun strategi supaya dicalonkan atas tiket PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia(AKIM) mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17hb Januari depan nanti. Umum sedia maklum, AKIM ialah serpihan PAS, macam KEADILAN yang tak puas hati dengan UMNO. Dari UMNO lahirnya pemimpin Keadilan, dan dari PAS lahirnya AKIM. PAS pun lahir dari UMNO jugak sejarahnya.

Terlebih menariknya, calon AKIM ialah bekas Naib Ketua Keadilan Rakyat Bahagian Kuala Terengganu. Sudah tentu calon ini Harun @ Ab. Rahman Mohamad rapat dan mengenali dengan baik siapa penyokong Keadilan di Kuala Terengganu kerana beliau seorang pemimpin Keadilan di Bahagian. Apa ni? Keadilan tak tau jaga orang ke sampai lari. Kerja orang Adil lari sana sini. Makin lama, makin ramai orang kanan Brother Anwar Bin Ibrahim meninggalkannya. (Roslan Kasim,Chandra Muzaffar, Ezam & dll). Bukan calang-calang jawatan di pegang dalam parti Keadilan. Orang-orang bawah Keadilan sahaja yang tak sedar-sedar diperalatkan lagi kononya Anwar di zalimi dan sebagainya dan yang penting penyokong Keadilan percaya hanya Anwar sahaja mampu menyelamatkan Malaysia! Apa ingat di Nabi akhir zaman ke!

Berikut ialah kenyataan AKIM bersama wartawan:

PASIR PUTEH 23 Dis – Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, iaitu seorang peniaga, Harun @ Ab. Rahman Mohamad.

Setiausaha Agung parti itu, Kapten (B) Mohd. Rosli Ghazali berkata, pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum.

Calon kita ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum lalu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk atas tiket Bebas pada 1974 tetapi kalah.

Dia juga salah seorang pengasas AKIM termasuk di Terengganu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di sini hari ini.

Hadir sama Presiden AKIM, Kapten (B) Abdullah Sani Musa dan Jawatankuasa Parti peringkat negeri Terengganu dan Kelantan.

Mohd. Rosli berkata, penyertaan AKIM dalam pilhan raya kecil ini akan menjadikan pertandingan lebih sengit dan yakin mampu menewaskan calon BN dan Pas dengan mudah menerusi sokongan pengundi muda.

Beliau berkata, selain pernah memegang jawatan penting dalam PKR, Harun juga adalah Pesuruhjaya AKIM Terengganu yang tidak wajar diperlekehkan kewibawaannya dalam politik dan hubungannya dengan masyarakat setempat.

Kita yakin akan memperoleh kemenangan meskipun ramai yang beranggapan ia hanya sia-sia,’’ katanya.

Beliau mendakwa AKIM mempunyai 20 cawangan dalam kawasan tersebut dengan keahlian hampir 3,000.

Menurutnya, manifesto parti dan isu kempen akan diumumkan selepas penamaan calon berasaskan tiga strategi yang masih menjadi 'rahsia' parti itu.

Sementara itu, Harun yakin tidak akan hilang wang pertaruhan kali ini kerana ia berbeza daripada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

"AKIM boleh mendapatkan sokongan untuk menang biarpun tipis memandangkan Pas dan BN menghadapi krisis dalaman termasuk isu pemilihan calon dan pengundi boleh memilih parti ini sebagai alternatif,".

3000 ahli ramai tu, diaorang pun nak perjuangkan Keadilan juga. Mak Cik Maimun apa khabar?

Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

Tiada ulasan: