Ahad, 21 Disember 2008

PAS v DAP, RETAK MENANTI BELAH

Dalam Buletin Utama malam tadi, Senator Datuk Wan Ahmad Farid selaku calon BN dalam PRK Kuala Terengganu menyatakan bahawa beliau tidak faham mengapa PAS mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan untuk memilih dan mengumumkan Calon yang akan mewakili PAS nanti! Ujarnya, apakah maksud ataupun tanda jika Tuan Guru Hj Nik Aziz hendak orang ni, Presiden nak orang tu, Pesuruhjaya PAS Negeri nak orang lain. Apakah PAS tidak sefahaman ataupun sudah gusar memandangkan sokongan rakyat semakin kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional!

Dalam majlis yang lain iaitu Debat Terbuka Naib Presiden PAS, YB Husam Musa yang dikaitkan dengan Team Erdogan dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara YB KJ, setelah diasak YB KJ, YB Husam menegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hokum Hudud! Betul k?. Apa reaksia Lim Kit Siang dan Karpal Singh sahabat baik Hj Hadi nanti. Berkali-kali Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh Negara Islam! Berani Ke? Adakah Brother Anwar Bin Ibrahim terpaksa menjadi hero menenang keadaan.

Yang pasti menarik ialah, siapa menang dan kalah dalam Isu program I-Dance di Pulau Pinang tempat Bang Nuar. Pemuda DAP dalam kenyataan yang di petik BERNAMA menyatakan rasa kecewa dengan penentangan yang di buat oleh Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang dalam program ini. Pemuda Pas Pulau Pinang menegaskan bahawa program ini mengundang maksiat dan harus dihentikan. Setakat ini sudah dua kali demonstrasi bantahan di buat oleh Pemuda Pas Pulau Pinang, tetapi kerajaan Negeri DAP tetap berdegil meneruskan program sama macam isu Papan Tanda Jalan Pelbagai Bahasa di Pulau Pinang. Pandangan Pemuda PAS ditolak mentah-mentah. Sekali lagi PAS mengalah.

Mungkinkah PAS for ALL termasuk dalam soal agama Islam? Di mana pendirian sebenar PAS? Berapa ramai orang DAP yang telah PAS berjaya bimbing masuk ISLAM berbanding orang-orang bukan Islam yang masuk ISLAM atas usaha kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan dan NGO2 tertentu. Adakah PAS diperkudakan? Pakatan Rakyat, PAS tetap no 3.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ni semuo kojo budak2 umno. ontah berapo yb adnan bayar pun tak tau.

umno dah nak kalah dah. siapla ko orang nanti

Tanpa Nama berkata...

Syabas & tahniah,teruskan perjuangan

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA

Tanpa Nama berkata...

Dodahkan lagi koburukan pembangkang. dio cakap kerajaan macam2, tengok sinia perangai diaorang lagi toruk.

Minta bincang masalah kopilah banyak2 kek blok ni

poit berkata...

Kamu jangan ta'sub dengan mengedar tulisan yang tidak berasas, ingat ingatan Tuhan "jgn kamu jadi seperti musyrikin yang keluar dari kampong2 dengan sombong dan riya'. Ingat kamu semakin terhakis, sepatutnya timbul sifat rendah diri dan tawadhuk. Bukan sombong dan angkuh, hanya orang JAHIL bersifat demikian.

Tanpa Nama berkata...

"Beberapa hari sebelum Umno memutuskan Wan Farid sebagai calon BN di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, diumumkan perlantikan semula Wan Farid sebagai senator yang telah tamat tempohnya. Perlu diingat Wan Farid adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai senator.

Adakah kerana kesiankan Wan Farid kerana akan kehilangan jawatan Menteri jika tidak dilantik semula sebagai senator atau satu percubaan Umno mengelirukan pembangkang, perlantikan semula itu adalah satu pembaziran masa dan tenaga.

Ternyata apabila dipilih sebagai calon, Wan Farid telah meletakkan jawatannya sebagai senator dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri. Pembaca sekelian boleh melihat sendiri kredibiliti pemimpin-pemimpin Umno dalam membuat keputusan. Macam bermain-main, kerana perlu diingat, memilih barisan kabinet tak boleh dilakukan secara bermain-main begitu, kecualilah kabinet yang ada itu adalah 'kitchen kabinet'. Bayangkan keyakinan luar terhadap cara perlantikan menteri yang macam itu.

Tetapi ini semua tidak diperdulikan oleh Umno kerana yang penting mereka dapat memilih calon yang terbaik untuk menang. Mungkin Wan Farid adalah calon terbaik di mata Umno. Tetapi pemilihan itu dilihat Umno telah ketandusan calon bagi menghadapi PAS. Bayangkanlah, Wan Farid dah jadi senator, Timbalan Menteri pulak tu !!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau blog pembangkang kutuk kerajaan semuanya betul, bila ada orang pro kerajaan dedahkan keburukan pembangkang, buat2 terkejut dan kata itu semua fitnah.

Berpijak dibumi yang nyata. Dua2 sama je betul dan tak betul.

Tanpa Nama berkata...

Manusia yang cerdik tahu membeza mana yang benar dan tidak, mana fitnah dan tidak, mana fakta dan tidak, bukan membuta tuli, memekak telinga, buta mata hati, apatah lagi jijiknya blog ini dengan menokok tambah gambar pemimpin.