Rabu, 24 Disember 2008

Manipulasi Kerajaan PAS-DAP Perak

ARTIKEL DR NOVANDRI HASAN BASRI

Nampaknya, kerajaan campuran negeri Perak yang diketuai oleh DS Mohammad Nizar Jamaludin (PAS) sudah bertambah 'bijak' untuk memanipulasikan kerajaan negeri, undang-undang negeri dan persekutuan.

Pertama, Nizar (PAS) sudah mulai tahu selok belok kewangan kerajaan negeri dan tidak berasa malu untuk mengsyorkan pembelian kereta mewah Camry untuk exco-exco beliau.

Kedua, beliau dan rakan karib beliau daripada DAP yang juga Exco kanan beliau, Ngeh Koo Ham, sudah mulai tahu untuk membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

Mereka masih berkeras untuk menggunapakai syarat keadaan khas di dalam Kanun Tanah Negara sebagai alasan untuk menjadi hero di negeri Perak.

Padahal, Kanun Tanah Negara masih termaktub di dalam segala pengertian Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam hal ini, penulis bersetuju dengan pandangan TPM mengenai isu ini :-

PUTRAJAYA 23 Dis. – Cadangan Kerajaan Perak untuk memberikan status hak milik tanah pegangan kekal kepada penduduk di kampung baru dan kampung tersusun di negeri itu tidak boleh dilaksanakan sehingga ia diputuskan oleh Majlis Tanah Negara (MTN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan cadangan tersebut secara bersendirian sebaliknya perlu melalui keputusan yang diambil oleh MTN.

‘‘Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, cadangan itu tidak boleh dibuat secara unilateral sebaliknya mesti melalui MTN,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ke-64 majlis tersebut di sini hari ini - Utusan Malaysia

Buktinya nyata. Jika kita merujuk Perkara 91 - Majlis Tanah Negara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia :-

(5) Menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Majlis Kewangan Negara suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain, dan untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya; dan Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian.

(6) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh merundingi Majlis Tanah Negara berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penggunaan tanah atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah atau pentadbiran mana-mana undang-undang yang sedemikian, dan menjadi kewajipan Majlis Tanah Negara untuk menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.

Dan jika ada pun sebarang undang-undang negeri yang boleh dimanipulasikan oleh MB Perak dari PAS dan rakan karib beliau daripada DAP, kerajaan negeri masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang boleh overwrite undang-undang negeri itu.

Jika kita rujuk Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.

Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.

Nampaknya, Pakatan Rakyat semakin bercelaru. Mereka tampak seperti sudah hilang hala tuju dan tidak dapat memfokuskan tanggungjawab mereka setelah diberikan kepercayaan yang oleh pengundi-pengundi pada PRU-12.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SETAKAT COPY AND PASTE, TUTUP JEE BLOG NIH, tak ada kreativiti, macam BLOG sampah,

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pandai menulis tetapi ingin berkongsi sama realiti harga minyak sebenar di dunia pada hari ini. Apa yang di tunjukkan di sini adalah harga minyak diesel yang di jual oleh Petronas kepada industri (maklumat harga sebenar dari pihak petronas). Jika di lihat pada harga yang di jual pada industri, harga nya jauh lebih murah walaupun tax (19.33sen/liter) dikenakan. Harga yang ditunjukkan adalah harga setelah dikenakan tax (mulai Disember 08, pihak industri terpaksa membayar tax kepada kerajaan). So, kalau ditolak dengan tax untuk harga diesel pada 17hb-23hb Dis 08, harga diesel sebenar dipasaran cuma RM1.37/liter.


Kalau perbezaan harga minyak diesel petrol dan diesel Cuma RM0.10/liter, maka secara kasarnya harga petrol dipasaran boleh lah dikatakan Cuma RM1.47/liter. So, dengan harga yang dibayar sekarang RM1.80/liter maka sebenarnya rakyat sudah memberi subsidi kepada kerajaan penyangak BN ini. Ini lah realiti yang orang-orang yang bodoh dalam BN tak boleh nak pikir.


Salam,


DIESEL (RM/LTR)

04 June- 10 June 3.4810
11 June- 17 June 3.3301
18 June- 24 June 3.5739
25 June- 1 July 3.4939
02 July- 8 July 3.5474
09 July- 15 July 3.6980
16 July- 22 July 3.6543
23 July- 29 July 3.5372
30July- 05Augs 3.2879
05 Aug- 11 Aug 3.1820
13Aug- 19Aug 2.9382
20 Aug-26 Aug 2.8035
27Aug-02Sep 2.7626
03Sep-09Sep 2.8439
10Sep-16Sep 2.7492
17Sep-23Sep 2.6487
24Sep-30Sep 2.5596
01 Oct-07Oct 2.7127
08Oct-14Oct 2.4679
15 oct-21 oct 2.1026
22 Oct-28Oct 1.882
29 Oct - 4 Nov 1.8033
5 Nov- 11 Nov 1.9003
12 Nov-18 Nov 1.9384
19 Nov-25 Nov 1.8192
26 Nov-02 Dec 1.7408
03 Nov-09 Dec 1.6937
01 Dec-16Dec 1.6072
17dec-23Dec 1.5610

(Dipanjangkan)

Tanpa Nama berkata...

macam blog orang tak berpelajaran

Unknown berkata...

Salam

Wahai Pak Su, sila maklum bahawa artikel ini dipetik dari artikel Dr Novandri. Siapa Dr. novandri?

1. NaiB Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor
2. Ahli Bloggers Pembela Negara(BPN)

Maka sebagai ahli Pemuda dan BPN, maka blog ini juga bebas menggunakan bahan rakan2 mereka untuk dimasukkan dalam blog.

Adakah penulisan seoarang Profesional boleh juga di tafsir sebagai sampah.

Kenapa nak tutup, takut blog ni menggugat Pakatan Rakyat ke. Selama ini rakyat banyak tertipu dengan tipu helah Pembangkang yang menggunakan kesilapan kerajaan untuk tujuan kempen dan meraih sokongan. Siapa yang tak buat silap. Nak memimpin sebuah negara dan negeri dengan lebih 30juta penduduk berbilang agama dan bangsa dan pelbagai karenah dan kehendak.

Dengan adanya maklumat sebegini, ini akan menjadi check and balance bagi semua pihak untuk membaca, mengkaji, menilai dan membuat keputusan! Bukannya terima bulat2 dari mana2 pihak.

Unknown berkata...

Jika ada yang berkata blog ini dan isi kandunganya macam sampah, barangkali orang tersebut lebih 100% kali sampah kerana sanggup berkunjung, membaca dan meninggalkan komen dan pastinya orang tersebut akan muncul lagi di blog ini.

Blog ini pro UMNO, seperti biasa keburukan pembangkang cuba di dedahkan sama seperti apa yang Blog2 Pakatan Rakyat buat. Saya yakin lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berkunjung dan suka meninggalkan komen di sini.

Mungkinkah blog ini menggugat perasaan orang Pakatan Rakyat?

Saya juga ada membaca bahan di Blog KOPILAH. Nampak sangat blogger tersebut hanya mampu hidup dengan isu setempat dan masalah dalaman UMNO.

Barangkali saudara PP tersebut terlupa nak melihat keseluruhan mengenai blog PUTERA UMNO KUALA PILAH. Apa matlamat blog tersebut?
Cuba baca betul2. Kalau ada yang boleh menyampaikan kepada saudara PP @ Saudara PP sendiri membaca komen ini, sila letakkan matlamat blog Putera UMNO ini di post blog tuan.

PUTERA hanyalah sayap Pemuda dan bergerak dibawah Pemuda. INI BUKAN BLOG RASMI PEMUDA TETAPI BLOG RASMI PUTERA UMNO SAYAP DI BAWAH PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUALA PILAH!
Berbeza ya itu Tuan PP dan Setiausaha Bahagian Parti Keadilan Kuala Pilah saudara Hamzah.

Isu YB Adnan juga menggunakan Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi cuba disentuh. Saya ingin bertanya soalan ini. YB Adnan beli Canmry sebelum atau selepas pilihan Raya? dan adakah kereta camry tersebut kenderaan rasmi Pemimpin Kerajaan Negeri Sembilan atau persendirian? Apa jawapanya?

Orang yang berfikir secara positif dan membuat kajian mampu mencari kebenaran sesuatu pekara. Mencari kesalahan dan kekurangan orang terlalu mudah! Dalam hidup kita sudah berapa banyak kekurangan, kesilapan dan kesalahan yang kita dah buat? Mahukah kita akui segalanya! Bayangkan pula seorang pemimpin yang ada kuasa,kekayaan dan pengaruh apatah lagi.

Buat saudara PP, saya tahu anda kecewa dalam perjuangan anda. Apabila anda tiada apa lagi dalam UMNO maka anda mencari kesalahan dan menghentam individu atau UMNO itu sendiri sedangkan suatu masa anda pernah berada dalam Parti, apa yang anda lakukan? Ketika ini apa usaha yang anda lakukan untuk memperbetulkan pemimpin atau parti seperti yang sering anda perkatakan banyak kekurangan dan kesilapan.

Kalau kita nak berdakwah, lebih baik kita bersama dan membimbing orang itu daripada kita tinggalkan dan kita hanya berkata dibelakang.

Saya yakin saudara PP pastinya sama seperti Datuk Azahar yang keluar UMNO kerana sudah tiada apa lagi dan kekayaannya mula berkurangan apabila tiada jawatan, begitu juga Anwar Ibrahim? Suatu masa dahulu pernah memegang jawatan sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi apa yang dilakukannya? UMNO semuanya elok ketika itu dan pembangkang dikecamnya. Apabila dipecat barulah hendak bersuara dan menghentam pemimpin dan UMNO itu sendiri.

Fikirkan2lah.Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan perbetulkan jika ada tersalah fakta dalam komen tak seberapa ini.

Assalamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

Apo pasal esey katokan sampah, sobab gambar asal ditokok tambah supaya menimbulkan keboncian orang kepada seseorang. Kok muko kaupun, ado tokok tambah, ekau setuju koh? Kok ditambahan cantik tak poh doh, nih diburuk-burukkan. Ini dikatoan mesti berabab, kok nak jadi penyampai berito, blogers ko, adab mesti nak ado, jangan main hantam semberono joh. kang kok mencincang angin, sobab gamai yang dah cherodik sekarang ni. tak macam duluu laie.