Selasa, 23 Disember 2008

Mengapa PAS diam Dalam ISU BABI?

PAS dikatakan memaksa orang lain untuk buat hudud. Mengapa sampai sekarang ini PAS tidak boleh lagi pengaruhi DAP dan ahli-ahli parlimen bukan Islam dalam PKR untuk terima hudud? Anwar Ibrahim tidak tolong PAS untuk convience mereka terima hudud?

(Gambar: Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) membakar empat replika babi yang dibuat daripada kertas di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah pada 21 Disember 2008). Sedar atau tidak, dalam isu babi di Selangor dan Melaka, PAS tidak pernah membantah langsung. Malah Menteri Besar PAS dari Kedah menyatakan kesediaan untuk membuka ladang babi pula di Bukit Selambau, Kedah.

DAP masih lagi tegas tidak mahu hudud. Apa sahaja PAS mahu buat DAP reject. Pemerintahan cara Islam di negeri Pakatan Rakyat pun ditolak oleh DAP. Malah di Pulau Pinang, bila DAP memerintah kerusi Exco Kerajaan Negeri tidak pun diberi kepada PAS. Inilah pakatan murni dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Rakyat mahu menyebelahi siapa dalam soal hudud ini? PAS atau DAP? Dalam isu babi PAS diam seribu bahasa. Takut pada DAP?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ai, macam2lah.

baik umno baik pas, dua2 nak kata dia hebat. masing2 ada penyokong fanatik.

siapa pun memerintah, jangan hanya berjanji dan beretorik semata2. ni orang melayu dan islam yang tak pandai politik, asyik ditindas dan ketinggalan. ada masalah tak tau nak selesaikan, nak minta bantuan tak kenal sesiapa. bukan umno je, di negeri PR pun sama. saya dok di kedah lebih 10tahun, rasa zaman umno dan PR, sama je, yang betul2 merasa ialah orang politik sebab diaorang yang dekat dengan pemimpin dan diaorang yang meraikan kemenangan atau menangisi kekalahan.

Nak jadi pemimpin bagus sangat2, tapi jangan lupa amanah dan tnaggungjawab yang amat berat di kemudian hari.

Nabi dulu pun tak beria2 nak jadi pemimpin, mengapa alim2 PAS sibuk berpolitik macam ni, baik berdakwah cara lain macam kumpulan tabligh. nak kesan positifnya. Berapa ramai pemimpin DAP masuk islam, janganlah orang2 kafir ni permainkan kita, siap baca ayat al quran lagi. kalau ikhlas tak pela harap terbuka pintu hatinya, kalau mempersendakan islam, tak ke kita yang dihina, orang melayu dan islam juga ajar diaorang ayat2 dalam alquran.

ni karang berpolitik confirm akan caci maki, hamun orang, kata mengata, silap2 jadi fitnah. pemimpin UMNO memang amat tinggi kebarangkalian buat benda tak elok sebab dia pemerintah, kuasa dan segalanya ada kat dia.

Apasal anwar beria2 nak jadi PM, dia 1org je ke blh jadi pemimpin. dia mati nanti sapa nak ganti? kalau PR memerintah nanti, confirm ke tak buat salah? kalau buat satu salah je kena lepas jawatan dan kerajaan. mesti tak mau dan buat punya. kuasa, membawa erti segalanya. Duit, pangkat, pengaruh, harta dan segalanya akan menjadikan manusia lalai dan leka.

masing2 ada pendirian dan pegangan, yang penting kita kena fahamkan dalam diri kita orang politik ni manusia, mana ada yang sempurna. kalau orang umno boleh fikir dia betul dan pembangkang tak betul, orang pembangkang pun mesti boleh fikir benda yang sama. paling bagus kalau kita boleh terima, kita semua sama2 tak betul, baru tak jadi fanatik dan sokongan tahap sederhana. kita boleh terima kedua2 pihak.

Kita sama2 islam dan melayu, rugi sangat kita bergaduh. tengoklah cina hari ini. kuatnya mereka dalam segalanya. statement saya ni senang je tafsiran nye, orang PR akan kata ni semua salah dan sebab umno, org umno pulak kata benda ni jadi sebab pembangkang. masalah ni yang beratnya.

masing2 tak mau mengalah.

kalau Nabi hidup di zaman ni, rasanya umno dan PR akan kata diaorang jugak yang betul dari Nabi.

Satu lagi, penyokong sedar2lah, menyokong bagai nak rak, pemimpin buat belum tentu ikut kehendak kita atau majoriti. jangan perasan lebih dan jangan buat parti tu kita yang punya 1org.

saya pun tak betul, sekadar berkongsi pandangan dan pendapat.

pasal blog ni, senang je, blog pembangkang hentam kerajaan, ni blog umno hentam pembangkang. dua2 sama je nak kuasa. dah dapat nanti entah apa2. rakyat jugak yang rugi. Namun jasa harus dikenang, tak dah lebih 50 tahun merdeka, negara berubah macam ni kerajaan tak buat apa2. Sebab buat sesuatu boleh jadi macam ni. Terima kasih buat semua pemimpin dan rakyat malaysia yang sama2 menjaga dan memakmurkan negara ini dengan baik.

salam.