Sabtu, 20 Disember 2008

Penswastaan IJN Ditangguh

INSTITUT JANTUNG NEGARA

Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.

‘‘Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan.

‘‘Maknanya kerajaan tidak mengabaikan atau tidak akan mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini.

Dato Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memandangkan cadangan pengambilalihan itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat, keputusan penangguhan itu nanti membolehkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Beliau menjelaskan, kajian tersebut yang dijangka mengambil masa beberapa bulan membabitkan Kementerian Kesihatan, Unit Perancang Ekonomi (EPU ) dan Kementerian Kewangan.

‘‘Ini supaya apa-apa keputusan yang akan kita buat nanti merupakan keputusan yang tidak akan menimbulkan sebarang keraguan terutama sekali dari segi masa depan IJN untuk menjalankan kewajipan sosial mereka nanti,” katanya.

Menurut beliau, faktor tempoh masa bagi menjalankan kajian tersebut tidak menjadi perkara penting sebaliknya yang lebih utama ialah sebarang keputusan yang bakal dibuat nanti akan benar-benar menguntungkan rakyat.

Selain itu katanya, keputusan itu nanti juga akan dipastikan dapat memberikan sumbangan bagi membangunkan IJN sebagai pusat perubatan jantung bertaraf antarabangsa.

‘‘Penekanan kita ialah kepada kepentingan rakyat,” tegasnya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap Institut Jantung Negara (IJN) terus memberikan keutamaan terhadap program sosial kepada rakyat kurang berkemampuan.

Justeru Naib Ketuanya, Khairy Jamaludin mahu kerajaan memastikan IJN dapat meneruskan khidmatnya membantu pesakit daripada kalangan berpendapatan rendah selepas pengambilalihan ekuitinya sebanyak 51 peratus oleh Sime Darby Berhad.

"Walaupun IJN sudah bertaraf dunia, ia masih mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai, sekali gus menjadi antara kriteria bagi membuat sebarang keputusan membabitkan masa depan hospital itu.

"Saya juga mahu mencadangkan supaya IJN mengendalikan pusat jantung lain kerajaan seperti di Serdang; Pulau Pinang; Johor Bahru dan Kuching", katanya.



Putera UMNO berpandangan bahawa IJN tidak perlu di swastakan memandangkan reputasi baik yang di bina selama ini adalah di bawah pengawasan kerajaan. Apa perlunya anak syarikat kerajaan(GLC) membeli semula kepentingan kerajaan? Harus juga di ingat bahawa Sime Darby adalah sebuah konglomerat berasakan perniagaan dan keuntungan adalah matlamat mereka.




Kerajaan haruslah peka terhadap nasib majoriti rakyat memandangkan kos rawatan penyakit jantung amatlah tinggi. Putera UMNO amat berharap Pergerakan Pemuda UMNO benar-benar berjuang selari dengan visi Tradisi Membela Rakyat yang diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun dari satu aspek penswastaan dilihat mampu memberi sinergi baru kepada IJN, namun kesan negatif haruslah dikaji secara mendalam agar kepentingan semua pihak diambil kira dan terjamin.




Tun Dr. Mahathir dalam blognya che det menyatakan beliau lebih suka dan bersetuju supaya IJN dikekalkan seperti sedia ada.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teman cuma nak betulkan sikit kenyataan Ong Teng Keat, Menteri Pengangkutan (bukan Menteri Kesihatan ya) atas tajuk cabinet shelves IJN sale proposal....

Mike tengok lah lepas PRK Kuala Terengganu apa jadi? Bende2 yang tak popular macam ni kalu on juga sekarang... bakal tempah maut lah BN....la ni pun dah nak maut dah...he he

Singapura dah jual
Puau Batu Putih dah dijual
apa pulak la lagi nak jual lepas nie.... IJN lee
selamat jual menjual...
perabis selagi ada
jual; jgn tak jualllll

Tanpa Nama berkata...

Tangguhhhhh jeee, macam tangguh mesyuarat, lepas tuh totap swasta, orang-orang kampung lopeh nih jangan harap subsidi, jangan harap tungkek memanjang, kalu nak bodah jantung, siap kan duit banyak2. SAYA SOKONG IJN DISWASTAKAN, supaya org2 kampong yang masih totok UMNO sodar. Copeeekkk laah IJN tolan dek SIME DARBY